RPH - Contoh



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR TAHUN 3 SK TAMU DARAT 2015

Mata Pelajaran                      : Bahasa Melayu
Tarikh                                    : 1 APRIL 2015
Tahun                                    : 3
Bil.Murid                                 : 34 orang
Masa                                      : 8.45 pagi – 9.45 pagi
Tema                                      : Perpaduan
Tajuk                                      : Suasana Perayaan
Standard Kandungan         : 1.5  Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara
                                              semula dengan tepat dengan menggunakan sebutan
                                               yang jelas dan intonasi yang betul

Standard Pembelajaran     : 1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat,
                                              sebutan yang jelas dan intonasi yang betul
                                              menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan 
                                              betul

Objektif     Pembelajaran     : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini,   
                                              murid berupaya:.
i)              Bercerita mengenai situasi dengan betul.
ii)             Menyampaikanperkara yang didengardenganbetul.
Kemahiran Bahasa            : Kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran
                                             membaca, kemahiran menulis

Sistem Bahasa                      : Kosa KPengisian Kurikulum :

i)      Ilmu                                                 : Pendidikan Moral, Muzik
ii)     Nilai murni                                       : Hormat - menghormati, prihatin, disiplin.
iii)    Patriotisme dan Kewarganegaraan:  Cinta dan taat akan negara

Kepelbagaian Kaedah dan Teknik:
i)      Kemahiran Berfikir                    : Menyelesaikan masalah, menaakul, mengecam
ii)     Kecerdasan Pelbagai              :Verbal-linguistik, interpersonal, intrapersonal                                                                           kinestatik, visual, muzik
iii)    Belajar Cara Belajar                : Memproses maklumat mengenai sambutan
                                                  perayaan kaum                     majoriti di Malaysia.
iv)   Pembelajaran kontekstual        : Menghubung kait dengan sambutan         
                                                   perayaan masing-masing.

Media                                                  : Komputer riba, pembesar suara, LCD, lembaran
                                                              petikan “Sambutan Perayaan Upin dan Ipin”,
                                                              soalan bergambar

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran
Dan Pembelajaran

Catatan
Lagu:
- Hari Raya Aidilfitri
- Tahun Baru Cina
- Hari Deepavali

















Set Induksi (+/- 5 minit)

1.    Murid diperdengarkan dengan 3 buah lagu perayaan.
2.    Murid menyanyi bersama iringan lagu dan diminta untuk meneka jenis lagu yang
3.    Murid diminta untuk meneka jenis lagu yang diperdengarkan mengikut perayaan kaum maisng – masing.
4.    Murid bersoal jawab dengan guru mengenai lagu yang telah diperdengarkan.
5.    Guru menyatakan tajuk pengajaran dengan ringkas


BBB:
-komputer riba
-pembesar suara
- lagu

Teknik:
-soaljawab
-perbincangan

TKP:
-visual
-verbal
-muzik
-interpersonal

BCB:
-kemahiran mendengar
-kemahiran bertutur

Petikan dialog:
“Suasana Perayaan Upin dan Ipin”

(Rujuk Lampiran 1)






Kosa kata cadangan:
-menghulurkan
-dodol
-mengunjungi
-menghidangkan
Langkah 1 (+/- 15 minit)

1.    Murid – murid mendapat edaran petikan  “Suasana Perayaan Upin dan Ipin” daripada guru.
2.    Murid-murid diminta membaca petikan secara mentalis.
3.    Guru memlilih beberapa orang murid untuk membaca petikan secara mekanis.
4.    Murid-murid membacakan petikan mengikut kumpulan.
5.    Murid – murid berbincang dengan guru tentang isi petikan tersebut.
6.    Murid bertanya kepada guru tentang kosa kata yang tidak difahami.
7.    Murid bersoal jawab secara lisan dengan guru berdasarkan petikan.
8.    Murid dipilih oleh guru berdasarkan cabutan beracun dan murid yang dapat menjawab soalan mendapat ganjaran.
9.    Murid mendengar rumusan nilai murni yang terdapat dalam aktiviti ini.

BBB:
-petikan

Teknik:
-perbincangan
-sumbang saran

TKP:
-verbal
-intrapersonal
-interpersonal
-kinestetik

BCB:
-k.mendengar
-k.bertutur
-k.membaca

Nilai:
-Keberanian
-Hormat-menghormati
-Prihatin



Aktiviti:
“JomReka”

(Rujuk LAMPIRAN 2)


Langkah 2 ( +/- 20 minit)

1.    Murid menerima lembaran bergambar daripada guru.
2.    Murid dikehendaki membaca soalan secara senyap.
3.    Murid mendengar penerangan daripada guru,
4.    Murid diminta membina sebuah cerita yang sesuai berdasarkan gambar.
5.    Murid diminta menggunakan ayat tunggal atau ayat majmuk yang sesuai.
6.    Muri diminta berbincang dalam kumpulan.
7.    Murid dibimbing menggunakan kata hubung.
8.    Beberapa murid dipilih untuk membacakan cerita yang direka di hadapan kelas.
9.    Murid mendengar rumusan yang dibuat oleh guru tentang ayat – ayat yang telah dibuat.

BBB:
-       Lembaran bergambar

KB:
-menaakul

Teknik:
-penerangan
-perbincangan

TKP:
-visual
-interpersonal
-intrapersonal
-verbal

BCB:
-kemahiran bertutur
-kemahiran mendengar
-kemahiran menulis

Nilai:
-Prihatin
-Kerjasama
Aktiviti:
“Siapa Peka”

(Rujuk Lampiran 3)














Langkah 3 (+/- 15 minit)

1.    Murid diminta untuk menghantar wakil dari setiap kumpulan untuk mencabut kad tugasan.
2.    Wakil murid membaca dengan teliti kad tugasan tersebut dan membisikkan ayat yang dipilih kepada ahli kumpulan mengikut urutan.
3.    Ahli kumpulan yang terakhir diminta ke hadapan kelas untuk menuturkan semula apa yang didengarnya.
4.    Kumpulan yang berjaya menuturkan semula ayat yang dipilih dengan tepat atau hampi tepat akan dikira sebagai pemenang.
5.    Aktiviti diulangi untuk ayat yang kedua.
6.    Murid mendengar rumusan daripada guru.
BBB:
-kad tugasan

TKP:
-interpersonal
-intrapersonal
-verbal
-kinestatik

KB:
-mengecam

BCB:
-k.mendengar
-k.bertutur

Rumusan isi pelajaran.

Kognitif:
-Aktiviti memupuk keharmonian
-Cara menghormati perayaan kaum lain

Sosial:
-Menyebut “Selamat hari raya” beramai-ramai.”


Penutup (+/ - 5 minit)

1.    Murid bersoal jawab dengan guru tentang sambutan perayaan pelbagai kaum.
2.    Murid dikehendaki memberikan contoh  aktiviti yang mengeratkan hubungan antara kaum,
3.    Murid diminta untuk menyatakan nilai – nilai murni yang diperoleh dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
4.    Murid bersama guru sama – sama menyanyikan lagu Hari Raya.


BBB:
-komputerriba
-pembesarsuara
-LCD

TKP:
-muzik

KB:
-merumus

Nilaimurni:
-perihatin
-bekerjasama
-tanggungjawab
-hormat-menghormati









REFLEKSI

Segala pujian dan syukur saya ke hadirat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurniaNya saya dapatlah menyiapkan tugasan Seni dalam Pendidikan (WAJ3073) ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian dan tugasan disekolah.Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek WAJ3073 Seni dalam Pendidikan,saya berasakan tugasan ini amat payah dan sukar untuk dilaksanakan memandangkan ini adalah subjek baru bagi kami semua pada semester 7 ini.Saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada saya tentang seni dalam pendidikan amat sedikit dan terhad.Namun dengan bantuan dan perbincangan pensyarah, rakan - rakan sepengajian dan rakan-rakan guru disekolah,maka sedikit ilmu pengetahuan mengenai seni dalam pendidikan dapat saya fahami dan saya meneruskan tugasan ini walaupun terdapat masalah kekangan waktu.
Cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik untuk saya, bermula dengan membuat nota-nota yang berkaitan dan seterusnya membuat RPH untuk seni dalam pendidikan,berbincang dengan kumpulan untuk perlaksanaan persembahan kumpulan dan seterusnya menyiapkan bahan bantu mengajar untuk RPH(rancangan pengajaran Harian) untuk kumpulan.Di sini saya dapat merasakan betapa pentingnya kerja sama dalam kumpulan untuk menyiapkan sesuatu dalam kumpulan.
Bagi menyiapkan sesuatu kerja dalam kumpulan dan menyiapkan kerja untuk individu bukanlah sesuatu yang mudah,kerana jarak yang jauh antara satu sama lain dalam kumpulan dan susah untuk berhubungan melalui internet,namun berkat kerjasama yang kuat dapat juga kami menyiapkan kerja untuk individu dan kumpulan.Segala Ilmu yang saya perolehi ini terutamanya membuat alat bantu mengajar dapat membantu saya dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.Komunikasi antara rakan kumpulan amat lah penting untuk menyiapkan satu kerja berkumpulan.Dapatan saya daripada tugasan ini adalah,seni dalam pendidikan merupakan salah satu cabang ilmu yang dipelajari dalam penyelidikan dan amat menyoronokkan untuk diajar dalam kelas.Oleh itu,ilmu baharu ini sangat membantu saya untuk memantapkan lagi ilmu dalam bidang bahasa Melayu yang sepatutnya ada dalam diri saya sebagai seorang  guru yang mengajar dalam bahasa Melayu.
Secara amnya, tugasan ini bukan sekadar memenuhi peruntukan yang disenaraikan untuk pemarkahan sahaja,namun ia memberi kekuatan dan pengetahuan yang lebih meluas mengenai ilmu seni dalam pendidikan bahasa Melayu.Sebagaimana yang kita ketahui seni merupakan bidang kajian yang luas maknanya.Bidang kajian tentang seni dalam pendidikan bahasa Melayu merupakan sesuatu yang menarik untuk dikaji. Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan yang diberikan ini.Sebagai seorang pendidik,ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Sebagai guru,tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dibilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Ahmad Shobry Mohd.Noor, yang telah banyak membantu kami (pelatih ipg ppg bmm3) dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini.Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.Kepada suami saya dan keluarga juga,terima kasih kerana sentiasa bersabar dengan saya sehingga tugasan ini saya siapkan Akhir kata ,dalam menyiapkan tugasan ini,saya berharap agar hasil kajian tugasan ini dapat menepati kehendak dan piawaian yang ditetapkan oleh pihak tuan.
Sekian,terima kasih.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Lagenda batu belah akibat sumpahan (Linopot menjadi Batu)

Kampung Melangkap sebelum dan selepas gempa bumi dan banjir lumpur