Lagenda batu belah akibat sumpahan (Linopot menjadi Batu)
Anda akan mengambil masa antara 25/30 minit perjalanan dari pekan Kota Belud untuk sampai ke kampung Melangkap,melalui jalan Ranau Bypass,Disepanjang perjalanan kita disajikan dengan pelbagai pemandangan yang menarik terutama pemandangan gunung kinabalu yang terseragam megah.
Sekiranya anda seorang photographer,anda tentu tidak akan melepaskan peluang untuk melihat sendiri keunikan dan keluarbiasaan si Aki Nabalu dari sini.Kampung Melangkap terdiri dari 6 buah kampung iaitu Kampung Melangkap Baru,Melangkap Tomis,Melangkap Tiong,Melangkap Kapa,Melangkap Neriou dan Melangkap Piso.Apa yang uniknya dengan Kampung Melangkap ialah,walau dimana kita melihat gunung Kinabalu,mengambil gambar dari posisi yang berlainan namun kedudukan si Aki tetap dalam kedudukan yang luarbiasa terseragam indah seolah oleh mencabar anda untuk mengambil gambar lebih banyak.
Untuk pembaca blog saya kali ini,saya ingin membawa anda kesatu tempat yang agak terpencil sedikit namun masih dalam kawasan kampung Melangkap.Apa yang unik disini ialah cerita tentang batu yang terkena sumpahan.Menurut cerita yang diperturunkan dari nenek moyang,batu tersebut sebenarnya dari nasi yang dibungkus menggunakan daun yang di panggil Linopot dalam bahasa Dusun.
Dari simpang jalan besar(jalan Ranau bypass) ke kawasan batu belah memakan masa dalam sekitar 10 minit,Dalam perjalanan menuju ketempat itu,kita boleh singgah untuk meminta urutan ikan yang terdapat dikawasan ikan tagal paramat,kampung Melangkap Tiong.
Tidak dicerritakan dengan tepat pada tahun bila cerita mengenai batu belah ini berlaku,namun penduduk kampung percaya mungkin dalam tahun 1950an atau 1960an.
Terdapat sebuah keluarga kecil yang terdiri dari ibu,bapa dan dua orang anak mereka tinggal disebuah perkampungan yang agak terpencil dan jauh sedikit dari kedudukan jiran jiran mereka,suku kaum dusun pada zaman dahulu memang tinggal berjauhan kerana masing masing menjaga kebun atau tanaman kerana menjaga kawasan dia sendiri.(Falsafah orang dusun,siapa yang rajin berusaha akan mendapat kawasan yang lebih luas dan besar).Kekayaan orang dusun pada ketika itu dilihat dari betapa besar ladang yang dia buka.Kawasan yang mereka buka itu akan menjadi hak mereka masing masing.
Kononnya kejadian berlaku masa itu dalam keadaan cuaca yang sangat buruk,hujan turun dengan lebat,kilat dan guruh berdentum dengan kuat silih berganti.Si ayah yang menjadi ketua keluarga sudah menjadi kebiasaan untuk turun keladang untuk melihat keadaan ladangnya,sama ada disondol babi hutan atau sebaliknya.Walaupun hujan lebat beliau tetap turun keladang untuk melihat tanamannya sambil memetik sayur atau ulam ulaman untuk dijadikan santapan mereka anak beranak pada malam nanti.
Oleh kerana hujan turun semakin lebat dan tiada tanda tanda untuk reda,maka si bapa pun mengambil keputusan untuk balik kerumah.Sampai dirumah,seperti biasa si isteri sudah siap menyediakan hidangan mereka anak beranak.Tidak seperti biasa,selalunya bila sampai diruamh,si bapa akan mandi dan berehat sambil bermain main dengan anak anaknya tetapi pada hari tu,mungkin kerana agak kecewa dengan cuaca yang buruk dan tidak dapat mengerjakan ladang(huma),maka si bapa terus saja duduk bersila diruang tamu dalam keadaan yang masih basah dan memberitahu isteri dan anak anaknya untuk makan.
Tidak diketahui dengan jelas kenapa si bapa pada malam itu telah membelah nasi yang dibungkus(linopot) dengan menggunakan parang yang dia guna untuk menebas.Sebaik saja linopot itu terbelah,tiba tiba rumah mereka disembar kilat diikuti bunyi guntur yang sangat kuat.Sepanjang malam hujan tidak berhenti turun dengan lebat malah lebih lebat dari kebiasaan.
keesokan paginya rumah keluarga ini telah ghaib begitu saja,yang tinggal sebuah batu yang terbelah yang menyerupai linopot yang dibelah menggunakan parang.Disekitar Batu yang terbelah ini terdapat beberapa batu yang menyerupai satu keluarga yang sedang duduk.Batu yang terbelah ini masih dapat dilihat dengan jelas sehingga hari ini,namun kedudukan batu yang menyerupai orang yang sedang duduk sudah beralih kedudukan disebabkan pergerakan tanah dikawasan tersebut.
Sekiranya anda ingin melihat batu tersebut,sila lah berkunjung ke kampung Melangkap Piso.
Ulasan
Catat Ulasan