Kampung Melangkap sebelum dan selepas gempa bumi dan banjir lumpur
Kampung Melangkap terletak dilembah gunung Kinabalu.Sebagai penduduk yang tinggal di kaki gunung kinabalu,saya amat bangga kerana dapat melihat gunung ini setiap hari...dibangunkan oleh pancaran cahaya matahai dari gunung yang maha indah ...karya ciptaan yang Maha Kuasa.
Setelah agak lama menyepikan diri dari dunia blog.Kita bertemu kembali hari ini dengan sedikit perkongsian dari saya, impak dari gempa bumi 5/6/2015, banjir lumpur5/8/2015 dan 7/8/2015 yang telah mengubah bentuk muka bumi kampung Melangkap sama sekali.......
(Sungai Panataran....Oliting(jernih),Olumis(Cantik) om Osogit (dan sejuk)
(Batu Sungai dari Gunung Kinabalu ini seperti seekor memerang yang sedang duduk,ditengah batu ini ada satu tempat untuk naik kebelakang batu ini untuk menggelongsor terus ke air...)
(keriangan mereka terserlah.... mereka mandi dengan aman dan riang ria tanpa takut dan tahu satu hari sungai kebanggaan mereka ini akan berubah dalam sekelip mata)
Suasana berubah selepas GEMPA BUMI 5/6/15
Gempa dan banjir lumpur pertama yang melanda kampung ini menghanyutkan banyak batu besar dari gunung dan mengubah bentuk sungai panataran dengan drastik...lumpur dan pasir memenuhi sungai panataran......
Gempa dan banjir lumpur pertama yang melanda kampung ini menghanyutkan banyak batu besar dari gunung dan mengubah bentuk sungai panataran dengan drastik...lumpur dan pasir memenuhi sungai panataran......
banjir lumpur ketiga yang berlaku pada 7/8/15 telah menghanyutkan sebuah homestay, Jambatan besi untuk kereta,jambatan gantung yang menghubungkan Kg.Melangkap Baru ke Sk.Melangkap dan merosakkan berhektar tanah dan hasil tanaman orang kampung....
kereta guru yang stranded (banjir lumpur 5/8/15)
Jambatan yang menghubungkan kampung Melangkap baru dengan kampung yang ada diseberang hanyut ....
PILU......Kampung Melangkap menjadi padang jarak padang tekukur....
APAKAH MASIH ADA HARAPAN UNTUK SUNGAI PANATARAN PULIH SEPERTI SEDIAKALA??????
Ulasan
Catat Ulasan