PROSEDUR EIA
ALAM SEKITAR
PENGENALAN
Dalam tahun 1995, proses disentralisasi kerja-kerja menyemak
dan meluluskan laporan EIA telah dilaksanakan di semua 13 Pejabat Jabatan Alam
Sekitar Negeri. Walau bagaimanapun, projek-projek yang meliputi lebih daripada
satu negeri dan laporan terperinci EIA masih diproses di Ibu Pejabat Jabatan
Alam Sekitar.
Langkah-langkah untuk mempertingkatkan lagi prosedur EIA
terus diberi penekanan. Antaranya ialah kajian semula Buku Panduan EIA yang
diterbitkan semula pada bulan Ogos 1995. Manakala 12 set garis panduan spesifik
juga telah diterbitkan yang melibatkan aktiviti-aktiviti seperti bekalan air
bawah tanah dan air permukaan, penjanaan dan pemancaran kuasa, saliran dan
pengairan, pelabuhan perikanan dan akuakultur berasaskan penggunaan tanah,
empangan dan takungan air, perlombongan dan kuari, tempat peranginan di kawasan
bukit, kemudahan pelancongan di kawasan taman negara, kemudahan pelancongan di
pulau-pulau yang dikelilingi oleh perairan yang diwartakan sebagai taman laut,
industri, pengolahan dan pelupusan sisa pepejal perbandaran dan pelupusan serta
pengolahan sisa toksik dan berbahaya. Selain daripada itu, Jabatan juga telah
bekerjasama dengan memberikan input kepada penyediaan dan penerbitan garis
panduan bagi aktiviti pembinaan jalan raya dan lebuh raya oleh Jabatan Kerja
Raya.
PROSEDUR EIA
Pemberitahuan Projek-Projek yang tertakluk kepada Perintah
EIA Sebagai langkah proaktif, Jabatan Alam Sekitar meneruskan usaha
menyenaraikan projek-projek yang tertakluk di bawah Perintah Penilaian Kesan
kepada Alam Sekeliling sebagaimana yang dimaklumkan oleh pihak pencadang projek
ataupun yang dilaporkan oleh media massa walaupun tiada keperluan mengenai
pemberitahuan ini. Pada tahun 1995, sejumlah 1,705 cadangan projek yang tertakluk
kepada Perintah Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling telah diawasi berbanding
dengan hanya 344 projek dalam tahun 1994. Antara projek yang paling banyak
dicadangkan ialah untuk aktiviti pembangunan kemudahan rekreasi dan tempat
peranginan (19 peratus), dan diikuti oleh kuari (18 peratus), infrastruktur (12
peratus), perumahan (10 peratus) dan industri (9 peratus).
Semakan Laporan
Bilangan laporan EIA yang diterima pada tahun 1995 telah
meningkat sebanyak 16 peratus berbanding dengan tahun 1994. Daripada 348
laporan yang diterima, sebanyak 339 adalah laporan awal EIA, 1 laporan
terperinci EIA dan 8 laporan analisa risiko yang berkaitan dengan kemudahan
berbahaya (rujuk Rajah 5.1).
Semenjak Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang
Ditetapkan) (Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling) dikuatkuasakan pada 1
April 1988, sehingga 31 Disember 1995, bilangan laporan EIA yang telah diterima
adalah berjumlah 1,444 dan daripada jumlah itu, sebanyak 1,363 (94 peratus)
adalah laporan awal EIA, 62 (4 peratus) laporan analisa risiko, 8 laporan
terperinci EIA dan selebihnya iaitu sebanyak 11 laporan bagi cadangan
pembangunan yang dijalankan di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).
Kategori Projek dan
Aktiviti-aktiviti yang Ditetapkan
Sehingga kini, bilangan laporan yang paling banyak diterima
semenjak Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti yang Ditetapkan) (Penilaian
Kesan kepada Alam Sekeliling), 1987 dikuatkuasakan ialah pembangunan
tempat-tempat peranginan dan rekreasi (17 peratus) diikuti dengan pembangunan
projek-projek infrastruktur (16 peratus) dan projek-projek perumahan serta
aktiviti kuari, masing-masing sebanyak 14 peratus Laporan EIA yang berkaitan
dengan aktiviti kuari didapati telah meningkat pada tahun 1994 dan 1995,
manakala keadaan sebaliknya berlaku bagi aktiviti industri setelah tidak
mengalami perubahan antara tahun 1991 sehingga 1993. Laporan terperinci EIA
yang pertama bagi aktiviti penjanaan kuasa iaitu Projek Kuasa Hidroelektrik
Bakun di Sarawak telah dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar untuk ulasan. Projek
ini merupakan aktiviti yang tertakluk di bawah bidang kuasa Lembaga Sumber Asli
dan Persekitaran Negeri Sarawak. Rajah 5.2 menunjukkan perbandingan taburan
laporan EIA mengikut kategori aktiviti-aktiviti bagi tahun 1995 dan untuk
tempoh antara tahun 1988 hingga 1995.
Sehingga 31 Disember 1995, sejumlah 353 laporan EIA (86
peratus) telah disemak. Ini termasuklah 61laporan EIA yang dibawa ke hadapan
dari tahun 1994. Manakala yang selebihnya iaitu sebanyak 56 laporan EIA masih
dalam semakan ataupun keputusannya masih tertakluk kepada beberapa maklumat
tambahan yang belum diperolehi daripada pihak penggerak projek. Rajah 5.3 menunjukkan
bilangan laporan EIA yang telah disemak setiap tahun dalam tempoh masa dari
tahun 1988 sehingga 1995.
Sejumlah 238 daripada 348 laporan EIA yang diterima telah
diluluskan, 38 laporan ditolak, 16 laporan telah ditarik balik oleh penggerak
projek dan selebihnya iaitu sebanyak 56 laporan telah dibawa ke tahun 1996
untuk disemak. Secara keseluruhannya, bermula dari 1 April 1988, sebanyak 1,081
(75 peratus) laporan telah diluluskan, 194 (13 peratus) laporan telah ditolak
dan 52 laporan (3 peratus) telah ditarik balik oleh pihak pemaju. Rajah 5.4
menunjukkan status laporan EIA yang telah diproses pada setiap tahun dalam
tempoh masa 1988 hingga 1995.
Rajah 5.5 pula menunjukkan kemajuan bagi tempoh pemprosesan
laporan EIA. Secara purata, masa yang diambil adalah 1.6 bulan bagi satu
laporan iaitu dengan kadar yang lebih baik daripada tempoh 3 bulan yang
ditetapkan dalam Piagam Pelanggan. Berdasarkan pencapaian ini, bermula dari 1
Mac 1995, Piagam Pelanggan bagi memproses setiap laporan EIA telah dikurangkan
kepada 2.5 bulan bagi setiap laporan. Sepanjang pelaksanaan EIA, analisa
taburan laporan EIA mengikut negeri projek dibangunkan menunjukkan tren yang
sama dengan tahun 1994, iaitu 38 peratus daripada keseluruhan jumlah laporan
yang diterima ialah dari negeri Selangor dan Johor, iaitu jauh melebihi
negeri-negeri lain. Manakala laporan EIA bagi negeri Perlis dan Kelantan pula
merupakan yang terendah diikuti dengan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan
Labuan
. Rajah 5.6 menunjukkan taburan laporan EIA bagi setiap
negeri untuk tempoh 1988 hingga 1995.
Kemajuan Dalam
Pelaksanaan Prosedur EIA
Garis Panduan
Spesifik
Jabatan meneruskan
usaha membuat susulan kepada cadangan-cadangan yang telah diperakukan oleh
Kabinet pada 9 Disember, 1992 bagi mempertingkatkan keberkesanan prosedur EIA
dengan menerbitkan 12 set garis panduan spesifik EIA. Garis panduan yang
diterbitkan ini adalah untuk aktiviti bekalan air bawah tanah dan air
permukaan, penjanaan dan pemancaran kuasa, saliran dan pengairan, pelabuhan
perikanan dan akuakultur berasaskan penggunaan tanah, empangan dan takungan
air, perlombongan dan kuari, tempat
peranginan di kawasan bukit, kemudahan pelancongan di kawasan taman negara,
kemudahan pelancongan di pulau-pulau yang dikelilingi oleh perairan yang
diwartakan sebagai taman laut, industri, pengolahan dan pelupusan sisa pepejal
perbandaran, serta pengolahan dan pelupusan buangan toksik dan berbahaya.
Sebanyak 4 bengkel telah diadakan bagi menyediakan garis
panduan-garis panduan tersebut yang dihadiri oleh wakil daripada agensi
Kerajaan di peringkat Negeri dan Persekutuan, penggerak-penggerak projek,
perunding-perunding alam sekitar, badan-badan profesional dan
pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang terlibat dengan alam sekitar.
Pendaftaran Perunding-Perunding
EIA
Pada bulan Januari 1995, senarai perunding-perunding EIA
yang didaftarkan telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Sains, Teknologi
dan Alam Sekitar. Sehingga 31 Disember 1995, sebanyak 55 firma perunding dan
176 perunding individu telah didaftarkan dengan Jabatan Alam Sekitar. Satu
mesyuarat bersama dengan perunding-perunding EIA yang didaftarkan ini telah
diadakan pada Julai 1995 untuk perbincangan kriteria pendaftaran dan isu-isu
mengenai kualiti laporan EIA yang dikemukakan kepada Jabatan. Mesyuarat
tersebut telah memperakukan beberapa perkara antaranya:
Penubuhan
Jawatankuasa Sementara
Perunding-perunding EIA yang berperanan mengkaji
perkara-perkara yang berkaitan dengan perakuan perunding-perunding EIA; dan
Pembentukan Lembaga Perunding-perunding EIA.
Promosi EIA
Program-program kesedaran terus ditingkatkan melalui
pembentangan beberapa kertas kerja dan mengadakan hubungan baik antara Jabatan
dan pelanggan. Sepanjang tahun 1995, sebanyak 15 kertas kerja yang berkaitan
dengan EIA telah dibentangkan di beberapa persidangan dan seminar di dalam dan
luar negara.
Terbitan IMPAK merupakan satu makalah keluaran Jabatan Alam
Sekitar mengenai EIA dan diterbitkan setiap sukutahun. Isu-isu seperti
pembangunan tanah tinggi, Ulangtahun Ke-7 Prosedur EIA dan kemajuannya,
pelupusan sisa toksik secara haram serta audit alam sekitar telah diberi fokus
dalam keluaran-keluaran yang diterbitkan.
INPUT ALAM SEKITAR DALAM PERANCANGAN PEMBANGUNAN
Jabatan meneruskan usaha menggalakkan penerapan dimensi alam
sekitar ke dalam perancangan projek. Dalam tahun 1995, input-input alam sekitar
kepada 66 buah projek pembangunan telah disediakan seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 5.7. Bilangan ini adalah sama seperti tahun yang sebelumnya.
Projek-projek pembangunan yang berkaitan kebanyakannya
merupakan projek-projek kerajaan yang terdiri daripada penggubalan pelan-pelan
tindakan (6%), pelan-pelan pemuliharaan (5%), pelan-pelan pembangunan (17%),
pelan-pelan tempatan (6 %), pelan-pelan pengurusan (7.5%), pelan-pelan induk (9
%) dan pelan-pelan struktur (27%). Selainnya ialah projek tebatan banjir
(7.5%), industri (1.5%), infrastruktur (7.5%), pengairan (1.5%), lanskap
(1.5%), sumber asli (1.5%) dan projek-projek pembetungan (1.5%). Senarai
projek-projek ini ditunjukkan dalam Jadual 5.1.
Jadual 5.1 Jabatan Alam Sekitar : Senarai Input Alam Sekitar
bagi Perancangan Pembangunan Projek, 1995.
Jenis
Projek
Pelan
Tindakan Pelan Tindakan
Akuakultur
Jalan Haji Abdul Rahman (Kuantan)
Pelan Tindakan Strategi Pembangunan Negeri Melaka
Sungai Kuantan
Pelan
Pemulihan
Kajian Pinggir Pantai dan Luar Pantai bagi Penyediaan Pelan Struktur Kuala
Terengganu, Setiu dan Besut
Pembangunan Zon Pinggir Pantai bagi Garis Panduan Perlindungan Hakisan
Pantai
Strategi Pemuliharaan Kebangsaan
Pelan
Pembangunan
Pembangunan Akuakultur Besut
Kajian Kemungkinan dan Pembangunan Kawasan Air Panas bagi Pelancong
di Malaysia
Hulu Terengganu
Kuala Terangganu
Pembangunan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
Kajian Kemungkinan Projek Pemusatan Ternakan Khinzir di Bidor
Kajian Semula Pembangunan
Ekonomi Jangka Panjang Negeri Johor: 1995-2010
Setiu
Pelan Pembangunan Tasik Kenyir
Projek Tebatan Banjir Pelan Pengurusan Menyeluruh
bagi Lembangan Sungai Muda
Kajian Kemungkinan dan Rekabentuk Khusus bagi Sistem Sungai-sungai
Prai, Sungai
Juru, Sungai Jejawi.
Kajian Kemungkinan bagi Pembaikan Sungai Kelantan
Lembangan Sungai Kelang
Lemal dan Rantau Panjang
Projek
Industri
Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
Projek
Infrastruktur
Kajian Awal dan Kemungkinan kejuruteraan bagi Jambatan Sungai Dinding
Lumut, Perak,
Kajian Kemungkinan dan Rekabentuk Terperinci bagi Kerja-kerja
Perlindungan
Pantai di Pengkalan Datu, Kuala Besar, Kampung Buntal,
Sarawak dan Tanjung Aru, Sungai Kinarut, Sabah
Kajian Hidrolik
bagi Kawasan Tadahan Sungai Sarawak Kiri dan
Kajian Kemungkinan bagi Cadangan Penambakan Merentasi Sungai Sarawak.
Cadangan Pelabuhan
Tanjung Pelepas, Johor
Bantuan Teknikal bagi Peraturan dan Polisi Pengairan.
Projek
Pengairan
Kajian Kemungkinan bagi Pembangunan Takungan Air Kecil
Projek
Lanskap
Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya
Pelan
Tempatan
Bukit Jalil
Pinggir Pantai Kuantan
Pusat Bandar Kuantan
Seberang Kuantan
Pelan Pengurusan Pelan Pengurusan
Pantai Johor Selatan
Pelan Pengurusan Menyeluruh Lembangan Sungai Muda
Rancangan Malaysia ke-7 bagi Pasukan Petugas Alam Sekitar
Jawatankuasa Kecil bagi Piawai Alam Sekitar- Syarat & Definisi
Taman Negara Endau- Rompin
Pelan Induk Johor
Kajian mengenai Pelan Induk Operasi bagi Wilayah Jengka
Pulau Tioman
Cadangan
Pelan Induk bagi Taman Botanikal di Sungai Buloh
Seri Iskandar, Perak
Pelancongan di Bandar Mersing
Sumber Asli Bidang
Rujukan bagi Kajian Pengurusan Menyeluruh Sumber-Sumber Air di Malaysia
Projek/Sistem
Pembetungan Kajian
Pengurusan Sungai dan Kawalan Alam Sekitar Sg. Sarawak :
Ringkasan Kajian Kemungkinan Pembetungan
Pelan Struktur Alor Gajah dan
Jasin, Bentung, Bera, Besut, Cameron Highlands
Daerah
Kuala Kangsar, Kinta dan Hulu Perak, Daerah Manjung dan Perak Tengah,
Hulu Terengganu, Jerantut, Kuala Terangganu, Lipis, Majlis Perbandaran
Seberang Prai
Maran, Pekan, Raub, Rompin. Setiu dan Termeloh
Sistem Informasi Geografik (GIS)
Perkakasan dan perisian GIS telah ditingkatkan bagi
menampung tiga pengguna yang menggunakan Sistem GIS serentak melalui Rangkaian
Tempatan (LAN) yang sedia ada.
Peta-peta tematik GIS yang dihasilkan terus memainkan
peranan dalam membekalkan maklumat untuk membuat sesuatu keputusan. Antara
projek-projek yang dijalankan dalam tahun 1995 ialah:
Pemetaan bagi Projek Pembangunan di Lojing, Kelantan
Projek-projek EIA di sekitar Mimaland
Aktiviti pembersihan tanah di sekitar Lapangan Terbang
Antarabangsa Subang
Pembangunan di sekitar Genting Highlands
Peta Kegunaan Tanah (1990) bagi Selangor, Pahang,
Terengganu, Negri Sembilan dan Perlis
Program antara-muka antara GIS dan Sistem Inventori
Punca-punca Pencemaran (SIPP) telah juga dibangunkan. Program antara-muka
GIS-SIPP ini dapat menghubungkaitkan antara maklumat ruang dengan maklumat
‘tabular’. Di samping itu, projek baru iaitu Sistem Pembantu Pembuat Keputusan
Alam Sekitar (EDSS) telah dicadangkan
untuk dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh.
Penilaian Awal Tapak Projek
Penilaian awal tapak projek-projek dapat memastikan aspek
alam sekitar diambilkira dalam pembangunan projek projek yang tidak tertakluk
kepada Perintah Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling, 1987.
Penempatan
sesuatu cadangan projek dinilai berasaskan kegunaan tanah
sedia ada di sekeliling kawasan tersebut. Pelan-pelan pembangunan telah dikaji
bagi memastikan kawasan- kawasan sensitif alam sekitar seperti kawasan
perumahan, sekolah, kawasan tadahan air, hutan simpan dan taman negara terletak
pada jarak yang mencukupi bagi mengelakkan sebarang impak alam sekitar akibat
daripada aktiviti pembangunan yang dijalankan di sekitarnya.
Pencadang-pencadang projek perlu melaksanakan
langkah-langkah kawalan yang bersesuaian bagi mengurangkan pencemaran pada awal
peringkat perancangan projek. Jabatan Alam Sekitar Negeri memainkan peranan
utama dalam menjalankan siasatan tapak cadangan projek dan kemudiannya
memajukan ulasan, pandangan dan cadangan kepada pihak-pihak berkuasa tempatan
yang berkenaan.
Pada tahun 1995, sejumlah 6,565 permohonan bagi penilaian
awal tapak telah diterima oleh Jabatan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
5.8. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 12% berbanding dengan tahun
sebelumnya. Manakala Rajah 5.9 pula menunjukkan pecahan permohonan penilaian
awal tapak yang diterima oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri.
Kelulusan Pemasangan Alatan/ Kemudahan
Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kualiti Alam
Sekeliling, 1974 dan Peraturan-peraturan yang berkaitan, kelulusan dalam bentuk
kebenaran bertulis dan kelulusan bertulis perlu diperolehi daripada Ketua
Pengarah Kualiti Alam Sekeliling sebelum pembinaan atau pemasangan sebarang
kemudahan yang akan mengakibatkan
pelepasan bahan-bahan pencemar kepada persekitaran. Ini bertujuan untuk
memastikan langkah-langkah pengawalan pencemaran digabungkan bagi mematuhi standard
yang ditetapkan dalam Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Premis yang
Ditetapkan) (Minyak Kelapa Sawit Mentah), 1977,Peraturan-peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Premis yang Ditetapkan) (Getah Asli Mentah), 1978,
Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978 dan
Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling
(Kumbahan dan Effluen-effluen Perindustrian), 1979.
(i) Kawalan Pencemaran Air
Sejumlah 796 permohonan kebenaran bertulis bagi pemasangan
alat kawalan pencemaran air diterima oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri, iaitu
pertambahan sebanyak 27% daripada tahun sebelumnya. Rajah menunjukkan Negeri
Johor menerima paling banyak permohonan (42%), dan ini diikuti oleh Negeri
Selangor (15 %). Jumlah kelulusan yang dikeluarkan dalam tahun 1995 ini
menghasilkan penambahan sebanyak 4,468,473 meter padu/hari effluen yang diolah.
(ii) Kawalan
Pencemaran Udara
Sepanjang tahun 1995, sebanyak 1,189 permohonan kelulusan
bertulis bagi pemasangan ala pembakaran bahanapi telah diterima dan jumlah ini
merupakan peningkatan sebanyak 17% dari tahun 1994. Permohonan yang paling banyak telah diterima daripada Negeri
Sabah (20%), diikuti oleh Negeri Selangor (19%) dan Johor (17%) seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 5.11. Jumlah penggunaan bahanapi cecair dan gas adalah
sebanyak 268,562 tan/hari manakala jumlah penggunaan bahanapi pepejal pula
ialah sebanyak 12,516 tan/hari.
PUSAT KHIDMAT NASIHAT
ALAM SEKITAR DI MIDA
Pusat Khidmat Nasihat di Lembaga Kemajuan Perindustrian
Malaysia (MIDA) menjalankan peranan sebagai penasihat bagi perkara-perkara yang
berkaitan dengan alam sekitar, bukan sahaja kepada pelabur-pelabur malah kepada
orang ramai. Dalam tahun 1995, sebanyak 35 pelabur tempatan dan asing
serta 40 orang awam telah mendapatkan
nasihat dan maklumat mengenai alam sekitar. Perkara-perkara berkaitan dengan
alam sekitar yang seringkali ditanya atau dirujuk adalah mengenai pembangunan
projek-projek yang tertakluk di bawah Perintah Penilaian Kesan kepada Alam
Sekeliling 1987, kesesuaian tapak bagi projek yang dicadangkan, keperluan-keperluan
di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan peraturan-peraturan yang
berkaitan, galakan-galakan bagi pemasangan alat pengawalan pencemaran, prosedur
EIA dan keperluan-keperluannya, peluang-peluang untuk memberikan perkhidmatan
berkaitan alam sekitar termasuk perundingan dan teknologi kepada industri yang
sedia ada, dan juga peranan penswastaan dalam rancangan jangka panjang kerajaan
dan polisi-polisi alam sekitar yang akan memberi kesan kepada sektor industri.
Jabatan Alam Sekitar juga merupakan ahli jawatankuasa kepada
Jawatankuasa Tindakan Berkenaan Pengindustrian yang meluluskan lesen pengilang
dan galakan. Pada tahun 1995, sejumlah 80 permohonan lesen pengilang telah
dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar untuk nasihat dan ulasan. MIDA juga
menerima sejumlah 1,075 permohonan bagi projek-projek pengilangan berbanding
dengan hanya 1,018 permohonan pada tahun 1994. Daripada jumlah tersebut, 554
permohonan adalah bagi projek-projek pengilangan baru dan selebihnya iaitu 521
permohonan adalah bagi projek pembesaran dan mempelbagaikan pengeluaran.
Sejumlah 894 buah projek telah diberikan kelulusan oleh pihak MIDA berbanding
870 kelulusan dalam tahun 1994.
Sebanyak 516 buah projek daripada 894 kelulusan yang telah
dikeluarkan adalah projek pengilangan baru, sementara 378 adalah bagi projek
pembesaran dan mempelbagaikan pengeluaran kilang. Daripada jumlah ini, 41 projek adalah tertakluk di bawah Perintah
Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling yang kebanyakannya merupakan projek
industri kimia dan petrokimia, projek kitar semula buangan terjadual,
pengeluaran bahan bukan logam seperti simen dan kapur, kilang kertas dan juga
kawasan peranginan pinggir pantai.
(Petikan daripada Sumber Kementerian Sains, Teknologi dan
Alam Sekitar)
Dapatkan maklumat lanjut dari Kementerian Saians, Teknologi
dan Alam Sekitar
BOLEHKAH ANDA MENGAJAR SAYA MENGISI BORANG MAKLUMAT PEMBANGUNAN INDUSTRI JAS
BalasPadam