Pengambilan pasir dan batu dari sungai-sungai adalah satu aktiviti yang telah lama di jalankan. Pasir dan batu merupakan bahan utama dalam industri pembinaan terutamanya yang melibatkan binaan konkrit dan jalan raya. Pasir dan batu juga banyak digunakan untuk kerja-kerja tebus guna tanah. Sumber pasir yang paling banyak dan mudah didapati ialah dari dasar sungai-sungai yang terdapat di negara ini.
Saya
hanya ingin menyentuh kesan-kesan negatif yang bakal berlaku daripada aktiviti
melombong pasir dan batu sungai tersebut. Antaranya adalah;
·
Hakisan
dan ketidakstabilan tebing sungai. Akibat daripada itu, ia akan menjejaskan
hidupan akuatik yang terdapat didalamnya.
·
Perubahan
terhadap regime sungai. Sumber mineral negara seperti batu, tanah dan air turut
terjejas.
·
Halangan
ke atas aliran sungai. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir ataupun
banjir lumpur terutamanya di kawasan hilir sungai.
·
Gangguan
kepada pergerakan pengangkutan air. Ini kerana, apabila tanah dikorek untuk
mendapatkan pasir di dasar sungai, struktur dasar sungai akan menjadi lemah dan
bila-bila masa sahaja ianya boleh pecah.
·
Kerosakan
ke atas persekitaran sungai. Ini termasuk tanaman penduduk yang terdapat di
sepanjang tebingan sungai tersebut.
·
Kemerosotan
kualiti air di hilir sungai. Sumber tadahan air akan tercemar dan ini akan
memberi kesan terhadap manusia yang menggunakan air tersebut.
·
Mendapan
di bahagian saluran pengambilan air dan lain-lain struktur sungai di hilir.
·
Kenderaan
berat seperti lori yang digunakan untuk mengangkut pasir tersebut boleh
menyebabkan jalan-jalan kampong rosak. Keadaan ini juga akan menyebabkan
berlakunya gangguan lain seperti bunyi bising, dan persekitaran yang kotor
serta berdebu.
·
Kenderaan
berat yang lalu juga boleh menimbulkan risiko keselamatan terhadap anak-anak
penduduk kampong yang terlibat.
Mengetahui betapa banyaknya kesan buruk yang boleh berlaku daripada aktiviti melombong pasir ini, seharusnya penduduk sekitar yang bakal terlibat adalah dinasihati untuk berfikir dengan bijak sebelum membenarkan ianya diteruskan.
***
terima kasih kepada blogger Didik Sebaya kerana berkongsi info ini
Ulasan
Catat Ulasan