Kesan pembangunan tanah keatas alam sekitar
PEMBANGUNAN
EKONOMI YANG BERTERUSAN
KESAN
PEMBANGUNAN TANAH KE ATAS ALAM SEKITAR
PERTANIAN
Penukaran
tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan
hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan
biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang
kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia
Penebangan
hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan
menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan
pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di
kawasan tanah rendah.
Pembangunan
pertanian menyokong US$30 bilion nilai jualan racun makhluk perosak setiap
tahun diseluruh dunia. Kira-kira 40% daripada jumlah ini dibelanjakan di negara
membangun untuk sebatian toksik seperti DDT, orgonofosfat dan organoklorin.
Menurut
Repetto dan Baliga (1996), Malaysia merupakan salah sebuah negara yang paling
banyak menggunakan racun makhluk perosak yang paling intensif di Asia. Jumlah
racun makhluk perosak yang digunakan bagi setiap hekter tanaman untuk tahun
1992 dilaporkan 9.2 kilogram/hektar iaitu hampir sepuluh kali ganda jumlah yang
digunakan di Thailand untuk tempoh yang sama.
Selain
menimbulkan masalah pencemaran air akibat penggunaan secara intensif ini,
rakyat Malaysia yang menggunakan penyembor serta operator mesin penyembur racun
makhluk perosak akan menghadapi risiko akibat pendedahan terutamanya melalui
kulit, apabila menggunakan peralatan yang tidak sempurna untuk mencampurkan
atau menyembur racun makhluk perosak.
PERLOMBONGAN
Kekayaan
ekonomi boleh dicapai dari pembangunan industri perlombongan dengan
mengurangkan kerosakan kepada alam sekitar, tidak lebih daripada bentuk
pembangunan lain. Kebanyakan operasi perlombongan menjalankan penilaian kesan
alam sekitar.
Satu
dasar berkaitan dengan galian telah pun dirangka untuk mengambil kira faktor
alam sekitar melaui penggunaan bon prestasi dan langkah fisikal lain.
Bagaimanapun, perlombongan skala kecil dan operasi kuari perlu diperbaiki
segera terhadap pengurusan alam sekitar mereka.
Penyelidikan
menunjukkan lombong emas skala kecil boleh mengganggu dengan tetap sumber air
semula jadi, menyebabkan masalah pemendapan teruk di bahagian hilir operasi dan
menyebabkan saliran lombong berasid. Tambahan pula, operasi perlombongan pasir
di dataran serta tebusguna tanah dan lain-lain pembangunan di sepanjang pantai
meningkatkan ancaman kepada ekologi marin. Terutamanya terumbu karang, hutan
bakau dan rumput laut sepanjang pantai yang menjadi sumber perikanan.
Pengembangan
kawasan perbandaran dan pembangunan industri secara langsung telah menyebabkan
perubahan yang besar kepada ekosistem semula jadi berbanding dengan pembangunan
hutan, perlombongan atau pertanian.
Isu
alam sekitar berkaitan dengan perbandaran dan pembangunan industri, adalah
lebih kompleks dan sering lebih sukar untuk ditangani, Ini termasuklah sisa
buangan dan pembetungan, pemuliharan kawasan hijau di dalam perbandaran, maslah
haba perbandaran serta pencemaran air dan udara.
SISA BUANGAN/PEMBENTUNGAN
Perkhidmatan
pembentungan dan sisa buangan telah diswastakan di Malaysia untuk memperbaiki
pengurusannya. Bagaimanapun, masih terdapat kebimbangan berkaitan dengan kesan
alam sekitar daripada kemudahan ini. Di antaranya ialah kemungkinan pencemaran
air bawah tanah di kawasan tapak pembuangan sampah lama majlis perbandaran
dengan bahagian permukaan yang tidak sesuai serta pencemaran air sungai akibat
pembuangan sisa kumbahan daripada penempatan dan kemudahan rawatan kumbahan
yang tidak mencukupi.
Ketiadaan
dasar untuk mewajibkan kitar semula dan kekurangan insentif untuk menggalakkan
penggunaan semula melemahkan usaha majlis perbandaran untuk mengurangkan sisa
buangan. Akibatnya beberapa kawasan pembuangan sampah secara terbuka akan
meningkat dengan cepat dan risiko pencemaran air dan air bawah tanah mungkn
juga akan meningkat.
Pembuangan
industri telah menjadikan masalah toksik dan sisa buangan bahaya lebih teruk
lagi. Masalah ini dan kesannya yang menjejaskan kesihatan manusia hanya dikenal
pasti sejak awal 1990an. Masalah ini termasuklah pencemaran logam berat,
nitrogen dan sulfur oksida, hidrokarbon petrolium, bahan partikel,
polychlorinated, biphenyls (PCBs), sianida dan arsenik.
Pencemaran
tanah dan air bawah tanah akibat pembangunan industri perlu dijelaskan dan
diklasifikasikan dengan cara yang lebih sistematik di Malaysia. Dalam usaha
untuk mengadakan kawalan sisa bahaya dan toksik yang berkesan, industri
seharusnya diwajibkan menyimpan rekod jenis dan jumlah sisa buangan yang
dihasilkan oleh mereka serta tarikh dan cara ia dilupuskan. Oleh kerana
pembuangan sisa ini menelan belanja yang tinggi, memerlukan kemudahan khas dan
kontraktor serta kontraktor kecil mereka seharusnya berhati-hati kerana
insentif untuk menipu amat banyak.
AKTIVITI LAIN:-
Keadaan suhu pada umumnya lebih tinggi di
kawasan bandar kerana haba yang dikeluarkan oleh perumahan, pengangkutan dan
industri serta termal dari bangunan dan jalan. Suhu pada waktu malam di
persimpangan Jalan Ampang-Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur di dapati meningkat
kira-kira 4 darjah F antara 1972 dan 1980 akibat peningkatan jumlah
lalu-lintas.
Suhu pada waktu malam juga berubah dalam 3-4
darjah juga direkodkan di kawasan perumahan. Kawasan perumahan lama dengan
lebih banyak kawasan hijau dan pertumbuhan pokok didapati suhunya lebih
sederhana berbanding dengan kawasan perumahan baru. Oleh sebab itu kepupusan
kawasan hujau di bandar mestilah dihentikan segera.
Keperluan
semasa di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1970 (Semakan 1995) untuk
mengekalkan semua pokok dengan lilitan melebihi 80 cm dalam sebarang perojek
pembangunan mungkin boleh menyumbangkan kepada keadaan kecil terhadap
pemuliharaan kawasan hijau di bandar dan kawalan terhadap suhu di kawasan
bandar.
Pencemaan
udara di kawasan bandar merupakan salah satu contoh di Malaysia di mana ia
telah melebihi paras kritikal dan dengan itu menjejaskan potensi pembersihan
sendiri alam sekitar. Sumber utama pencemaran udara di Lembah Klang ialah
kenderaan bermotor yang menyumbangkan kepada partikel karbon (PM-10). Sumber
lain termasuklah pembuangan industri dan aktiviti pembinaan (JAS, 1993)
Perbandaran
juga mempengaruhi paras jumlah partikel terampai (TSP) dalam udara (JAS, 1993).
Selain sumber daripada luar sempadan dalam tempoh tertentu setiap tahun, sumber
utama TSP ialah pembakaran secara terbuka daripada pembangunan perumahan dan
pertanian. Pencemaran udara di Lembah Klang tidak akan diperbaiki melainkan
langkah-langkah kawalan dilaksanakan dengan segera.
PENGGUNAAN
TANAH YANG BURUK
TIMBULKAN MASALAH
Kategori undang-undang tanah di Malaysia
seperti yang dicatatkan dalam Laporan Klasifikasi Kemampuan Tanah (Lee dan
Panton, 1971) termasuk Tanah Kerajaan, Tanah Yang Diberi Milik Untuk Pertanian,
Tanah Yang Diluluskan Untuk Perlombongan, Tanah Rizab Melayu, Rizab Untuk
Ternakan, Rizab Orang Asli, Rizab Hutan, Rizab Hidupan Liar dan Tanah Diberi
Mlik/Diwartakan untuk kemudahan awam dan tujuan lain.
Kategori
terakhir itu merujuk kepada tanah untuk pembangunan perbandaran, kubur, polis
dan rezab tentera, lapangan terbang dan rizab-rizab lain kerajaan tetapi tidak
termasuk rizab tadahan air.
Pembangunan
tanah di Malaysia termasuklah pembangunan kawasan baru untuk pertanian,
perlombongan dan perhutanan serta penukaran tanah untuk pertumbuhan industri
dan perbandaran. Kepelbagaian penggunaan tanah meningkatkan konflik berhubung
dengan matlamat pembangunan. Pembangunan yang pesat telah menjadikan tanah satu
persaingan di Malaysia. Ia juga telah mengakibatkan amalan penggunaan tanah
yang buruk dalam keadaan tertentu.
Amalan
penggunaan tanah yang buruk boleh membawa kepada masalah yang serius dan
berdepan dengan halangan untuk pembangunan dalam jangka panjang. Masalah yang
boleh timbul termasuklah kemusnahan yang kekal atas kemampuan tanah untuk
menyediakan faedah alam sekitar dan ekonomi, ketidakcekapan penggunaan sumber
semula jadi yang diperolehi serta pengumpulan kesan negatif. Dari segi kawasan,
pertanian akan menjadi salah satu bentuk pembangunan tanah yang paling meluas
di Malaysia.
Teknik
dan amalan pertanian moden, disokong oleh penggunaan mesin dan input sejumlah
besar tenaga daripada minyak fosil telah menjadikan pertanian lebih produktif
di Malaysia tetapi memberikan kesan kepada alam sekitar. Penukaran tanah
daripada hutan kepada pertanian telah mengakibatkan meluasnya penebangan hutan,
mengurangkan jumlah hutan dan kepelbagaian bilogi hutan serta hidupan liar.
Selain
itu, pembukaan kawasan baru untuk pertanian telah menyebabkan sumber galian
semakin berkurangan di kawasan ini. di sebalik fakta bahawa sebahagian besar
tanah telah dikurangkan untuk pembangunan pertanian, kebanyakan tanah yang
subur tidak digunakan untuk pengeluaran makanan, sebalinya digunakan untuk
tujuan lain seperti perumahan, rekreasi dan kawasan perindustrian.
PENGELUARAN MAKANAN
TEMPATAN
Tambahan
pula, perikanan persisir pantai dan pedalaman tidak begitu berjaya dalam
persaingan untuk pembangunan tanah yang seterusnya melemahkan pengeluaran
makanan tempatan. Usaha untuk menggalakkan pengeluaran makanan dan menggalakkan
industri berasaskan makanan perlulah diperkukuhkan dalam usaha untuk
menyediakan jaminan makanan untuk negara.
Kos
import makanan negara dilaporkan sekitar RM8 bilion setahun dan turut
menyumbang kepada defisit akaun semasa negara (NST, 1997). Memandangkan
kemelesetan ekonomi semasa dan krisis mata wang, perkara ini perlu ditangani
dengan segera.
Oleh
kerana jumlah penduduk semakin meningkat di kawasan bandar, pembangunan
infrastruktur semakin meningkat ke kawasan yang bermasalah dan kurang sesuai.
Kawasan ini sering terdedah kepada kejadian banjir, hakisan sungai, tanah
runtuh dan pemendapan, melainkan langkah pengawalan yang sempurna diambil.
Dalam
kes tertentu, langkah pengawalan tidak dapat diambil dan cara terbaik untuk
keselamatan penduduk ialah kawasan ini tidak dimajukan untuk perumahan tetapi
digunakan untuk tujuan lain seperti taman, rezab semula jadi dan kawasan
rekreasi.
Pada
tahun 1996 terdapat lebih 100 kejadian banjir, 20 kejadian tanah runtuh, lapan
kejadian mendapan dan tujuh kes tebing sungai dihakis, yang dilaporkan di
Lembah Klang sahaja. Ini menunjukkan betapa perlunya diperkuatkan pengurusan
perbandaran bersepadu untuk menjadikan penempatan manusia lebih selamat dan
terjamin.
(Petikan artikel-artikel daripada Utusan
Pengguna, Mac 1998)
PENCEMARAN
ALAM SEKITAR
PENCEMARAN
Pembuangan
bahan-bahan buangan secara tidak terkawal boleh mengakibatkan pencemaran alam
sekitar. Pencemaran ialah pengumpulan
bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitaran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil
bahan-bahan pencemar .Kebanyakan pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh
aktiviti-aktiviti manusia. Terdapat
berbagai jenis pencemaran iaitu:
(
a ) Pencemaran udara
(
b ) Pencemaran air
(
c ) Pencemaran tanah
PENCEMARAN UDARA
Pencemaran
udara berlaku bila terdapat bahan-bahan pencemar di udara. Contoh bahan-bahan
pencemar ini ialah habuk,
debu,
asap, dan gas-gas beracun .
Jadual
di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahan pencemar
utama yang dihasilkan .
PUNCA-PUNCA
PENCEMARAN
BAHAN-BAHAN
PENCEMAR
Pembakaran
bahan api di kilang
dan
dalam enjin kenderaan bermotor Gas sulfur
dioksida, nitojen dioksida,
karbon
monoksid dan debu
Pembakaran
sampah sarap dan
hutan
secara besar-besaran Gas karbon dioksida
dan debu
Penyemburan
racun serangga dan
bahan-bahan
kimia Gas dan kimia beracun
Penggunaan
gas klorofluorokarbon (CFC) Gas CFC
Kesan Pencemaran Udara
Menjejaskan
kesihatan
1
. Apabila kita menarik nafas , udara yang tercemar memasuki badan dan
menjejaskan kesihatan kita .
2
. Debu dan gas-gas beracun daripada kilang -kilang , ekzos kenderaan dan
penyemburan racun serangga menyebabkan
penyakit jika disedut .
3
. Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata .
Penyusutan Lapisan Ozon
1
. Lapisan ozon di udara ialah lapisan yang melindungi kita daripada sinaran
terik matahari .
2
. Pembebasan gas CFC yang digunakan
dalam alat-alat menyembur , alat penyaman udara dalam peti sejuk menipiskan
lapisan ozon .
3
. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi .
4
. Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak boleh mengakibatkan penyakit
kanser kulit .
Pembetukan Hujan Asid
1
. Gas-gas sulfur diosida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan dan
membentuk hujan asid .
2
. Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan .
3
. Ia juga menghakis pakaian , kertas dan bahan binaan bangunan .
Kenaikan Suhu Di Bumi
1
. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak dalam udara akan memerangkap haba .
2
. Jadi suhu di bumi menigkat dan persekitaran kita menjadi panas .
3
. Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan
kemarau di beberapa tempat di dunia .
PENCEMARAN AIR
1
. Punca bekalan air datang dari sungai , laut , kolam dan tasik .
2
. Air boleh dicemari melalui
( a ) pembuangan bahan-bahan sisa kilang
( b ) tumpahan minyak dari kapal laut
( c ) pembuangan sampah-sarap dan najis
( d ) hakisan tanah akibat pembalakan
dan pembinaan berleluasa .
Kesan Pencemaran Air
Menjejaskan
Kesihatan
1
. Sisa-sisakilang yang dibuang ke dalam sungai meracuni air sungai .
2
. Ini membahayakan kesihatan kita jika air tersebut diminum atau digunakan
untuk mandi .
3
. Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula mengalakkan
pertumbuhan bakteria yang menyebabkan
penyakit .
Pembunuh
Hidupan Air
1
. Minyak yang tertumpah ke laut menghalang kemasukan udara ke dalam air laut .
2
. Jadi tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat
bernafas dan akan mati .
3
. Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air .
4
. Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat
hakisan tanah menghalang kemasukan
sinaran matahari kedalam air .
5
. Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air .
Memburukkan
Keindahan Alam
1
. Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang .
2
. Air sungai dan laut juga berbau busuk .
PENCEMARAN TANAH
Sesuatu
kawasan tanah dicemari melalui :
(
a ) pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat
(
b ) penyemburan racun serangga
(
c ) aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan .
Kesan
Pencemaran Tanah
Hakisan
Tanah
1
. Aktiviti-aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan yang tidak terkawal
menyebabkan kawasan tanah
terdedah .
2
. Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan .
Membunuh
Haiwan Di Bawah Tanah
1
. Racun serangga yang disembur meresap masuk dan berkumpul dalam tanah .
2
. Haiwan yang hidup di bawah tanah mati akibat pengumpulan racun ini .
Menjejaskan
Kesihatan
1
. Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan
kuman penyakit .
2
. Tikus, lipas dan lalat tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman
penyakit ke tempat-tempat lain .
3
. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , kita mungkin diserang
penyakit .
Kekurangan
Tanah Subur
1
. Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan kesusutan tanah .
2
. Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian .
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Untuk
menyelamatkan alam sekitar daripada bahaya pencemaran , kita perlu mengambil
langkah-langkah untuk mengatasi
pencemaran . Di antara langkah-langkah yang diambil ialah :
(
a ) mengharamkan pembakaran sampah-sarap di kawasan terbuka
(
b ) menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun
dari kilang-kilang dan
kenderaan .
(
c ) membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan
(
d ) mengawal aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan
(
e ) menyedarkan orang ramai supaya menjaga kebersihan alam sekitar
(
f ) menjalankan proses kitar semula bahan-bahan buangan.
Pengolahan
Alam Hidupan
Mengolah
Alam Hidupan Dengan Bertanggungjawab
1 Manusia mengolah alam sekitar dan hidupan
untuk mendapatkan keperluan asas hidupnya ( makanan , pakaian dan
tempat kediaman ) dan mendirikan tempat
rekreasi .
2 Dalam
usaha memenuhi keperluannya, manusia telah membuka hutan untuk pertanian
, perumahan , industri
perlombongan , membina empangan dan
mengeringkan hutan paya bakau .
3 Aktiviti-aktiviti manusia ini menukar dan
mencemarkan alam persekitaran serta menhapuskan habitat semula jadi,
banyak spesies tumbuhan dan haiwan . Ini
merupakan ancaman yang terbesar terhadap kemandirian hidupan liar .
4 Tumbuhan dan haiwan yang juga diolah untuk
keperluan manusia seperti sukan , makanan , ubatan , kulit dan bulu
turut susut bilangannya .
5 Beribu-ribu spesies tumbuhan dan haiwan
menghadapi kepupusan kerana pupolasi mereka adalah terlampau rendah
akibat aktiviti manusia .
6 Spesies tumbuhan atau haiwan yang terpupus
akan hilang dari bumi ini selama-lamanya . contohnya , burung dodo ,
harimau bali , dan harimau kaspia adalah
diantara beribu-ribu hidupan yang telah pupus dari permukaan bumi .
7 Manusia perlu mengolah alam hidupan dengan
lebih bertanggung jawab kerana kemandirian manusia juga berkait
rapat dengan kemandirian tumbuhan dan
haiwan .
Kepentingan
Pemeliharaan dan Pemulihan Haiwan dan Tumbuhan
1 Makanan : manusia bergantung pada tumbuhan dan haiwan untuk
makanannya .Masih banyak spesies tumbuhan dan
haiwan yang belum diterokai tetapi berpotensi
untuk membekalkan makanan kepada populasi manusia dunia yang
semakin meningkat .
2 Ubat-ubatan : Semua ubat-ubat tradisi dan
sebahagian besar daripada bahan kimia ubat moden diperoleh daripada
haiwan dan tumbuhan . Masih terdapat banyak
spesies tumbuhan dan haiwan yang belum sempat dikaji tetapi mempunyai
potensi untuk merawat penyakit-penyakit
seperti barah , AIDS dan sebagainya .
3 Sumber bahan mentah
( a ) Kayu balak merupakan satu sumber
yang sangat penting dalam pembinaan rumah dan perabot serta membuat
kertas .
( b ) Hasil keluaran seperti kulit haiwan ,
madu , rotan , damar dan sebagainya berasal daripada tumbuhan dan haiwan .
4 Keseimbangan alam sekitar :
( a ) Tumbuhan dan haiwan memainkan peranan
yang sangat penting dalam siratan makanan dan keseimbangan
alam .
( b ) Tumbuhan hijau menolong mengekalkan
kandugan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan
manusia bernafas . Sebaliknya haiwan
dan manusia membebaskan gas karbon diosida yang diperlukan oleh
tumbuhan dalam fotosintesis .
( c ) Tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam
udara serta menyerap gas kasbon dioksida dan dengan itu
membantu mengawal pencemaran udara .
( d ) Tumbuhan memperlahankan aliran air
hujan dan dengan itu mengelakkan banjir , hakisan tanah dan tanah runtuh
daripada berlaku semasa hujan turun .
( e )
Tumbuhan melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya
matahari , langsung mengurangkan
penyejatan air dan membantu
menyejukkan permukaan bumi .
5 Sumber air : Tumbuhan dalam hutan hujan
merupakan kawasan tadahan air yang sangat penting untuk mengisi
empangan dan membekalkan keperluan air
kepada manusia .
6 Rekreasi : Kepelbagaian haiwan dan
tumbuhan mengekalkan keindahan semula jadi alam sekitar untuk aktiviti
riadah dan rekreasi manusia . juga ia
menjadi satu daya tarikan kepada pelancong dan menyumbang kepada
ekonomi negara .
7 Ekonomi : hasil keluaran tumbuhan dan
haiwan seperti hasil tanaman , hasil tangkapan ikan , kayu balak ,
damar ,ubat-ubatan , kulit dan sebagainya
memberikan pendapatan kepada negara .
KEPUPUSAN HAIWAN DAN TUMBUHAN
1 Di Malaysia , pemusnahan habitat dan
pencemaran alam sekitar mengancam banyak spesies hidupan ini adalah
seperti :
(
a ) Spesies tumbuhan yang dikenali dan belum dikenali dalam hutan hujan tropika
( bunga pakma , orkid - orkid liar
dan pisang liar ) .
(
b ) Burung-burung ( misalnya burung enggang , bangau dan helang bahu hitam ) .
(
c ) Haiwan (misalnya tapir , harimau , badak Sumatera , orang utan , siamang ,
lutong , dan ular sawa ) .
(
d ) Serangga .
(
e ) Penyu ( misalnya penyu belimbing dan penyu hijau .
2 Contoh hidupan lain di dunia yang
menghadapi kepupusan :
(
a ) Panda gergasi hanya terdapat di satu kawasan kecil di China . Kini ,
terdapat kurang 200 ekor yang masih tinggal .
(
b )Gorila gunung Afrika Barat juga terancam dengan kepupusan kerana pemusnahan
habitatnya akibat aktiviti pertanian
serta diburu untuk bulu dan untuk
dijadikan ubat-ubatan .
(
c ) Ikan paus biru , haiwan yang terbesar , terancam dengan kepupusan kerana
diburu untuk dagaing dan lemaknya .
Usaha
Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar
1 Pemuliharaan hidupan liar ialah usaha
pengurusan hidupan liar secara bijaksana supaya hidupan ini dapat dikekalkan
untuk generasi yang akan datang .
2 Sumber Bumi adalah terhad . Dengan
penambahan populasi dunia , lebih makanan dan keperluan lain diperlukan
daripada sumber hidupan liar . Pada
masa yang sama , kita perlu memastikan kita sentiasa dapat mengekalkan spesies
hidupan yang ada .
3 Usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar
termasuk :
(
a ) Mewujudkan kawasan hutan simpanan
untuk memelihara hidupan liar . Contohnya , hutan dara , hutan simpanan ,
dan taman negara ( T.N. Pahang ; T.N.
Kinabalu di Sabah ; T.N. Bako , T.N.
Mulu dan T.N. Niah di Sarawak ) .
(
b ) Memindahkan tumbuhan yang diancami
kepupusan untuk ditanam di kebun khusus atau aboretum dalam usaha
pemeliharaan .
(
c ) Melindugi hidupan liar di hutan
paya bakau dengan mewujudkan hutan simpanan paya bakau , misalnya di Matang
( Perak ) dan Pulau Kukup ( Johor ) .
(
d ) Mendirikan pusat pembiakan haiwan
yang terancam dengan kepupusan , seperti ikan dan penyu ( di pantai timur ) ,
tuntung ( Perak ) dan orang utan (
Sabah dan Sarawak ) .Pusat-pusat ini akan membiakkan haiwan -
haiwan tersebut untuk dikembalikan
kepada habitat asalnya .
(
e ) Taman marin didirikan untuk
melindungi hidupan laut . Contohnya taman-taman marin di Pulau Redang ,
Pulau Tioman , pulau Paya , Pulau
Perhentian dan Pulau Tinggi .
(
f )
Mengisytiharkan hidupan yang terancam dengan kepupusan sebagai spesies
terpelihara dan tiada siapa pun
dibenarkan menangkap , menembak atau
menjualnya . Antara spesies-spesies terpelihara ialah orang utan , siamang ,
kera , badak Sumatera dan harimau .
(
g ) Menguatkuasakan undang-undang
untuk melindungi hidupan liar .
(
h ) Mengawal aktiviti pembalakan
untuk mengurangkan pemusnahan habitat hidupan liar .
(
i )
Penghutanan semula , iaitu menanam semula hutan dengan anak benih baru setelah
pokok balak ditebang .
(
j )
Pendidikan : Mendidik pelajar sekolah dan orang ramai tentang
kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan
hidupan liar .
(
k ) Mengawal pencemaran sungai dan
laut yang memusnakan habitat hidupan air .
Ulasan
Catat Ulasan