Gangguan emosi pelajar dan Cabaran guru 2020
Penulisan Ilmiah ~ Gangguan emosi kanak kanak~
Gangguan emosi boleh
ditakrifkan sebagi satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan
oleh murid.Menurut kamus dewan (2007) pula,emosi bermaksud perasaan jiwa yang
kuat seperti sedih,gembira,takut dan sebagainya.Gangguan emosi boleh berlaku
kepada seseorang apabila:-
-
Mengalai emosi tertentu seperti depresi.
-
Tidak mampu menunjukkan kasih saying,marah
dan penolakan.
Seterusnya gangguan emosi
juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri suka menyendiri dan
tidak stabil.
Antara gangguan personality yang berlaku ialah
antisosial.Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor
– faktor intelektual,kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi
boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang
menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil.Gangguan emosi seperti ini
menimbulkan pelbagai tekanan dan kesan terhadap kehidupan seseorang murid.Gangguan
emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan.Mereka yang
mengalami perkara seperti ini akan terdedah kepada masalah stress yang serius
dan boleh menyebabkan stress kepada murid – murid.
Ø Punca gangguan emosi terhadap murid
Menurut Terri Mauro
(2004),banyak faktor yang berkait rapat
dengan gangguan emosi.Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan
murid ialah:-
o
Persekitaran sekolah
o
Peristiwa dalam keluarga
o
Pengaruh keluarga
o
Pengaruh rakan sebaya
o
Tindakan guru dan lain lain lagi
Gangguan emosi dalam
kalangan murid berpunca dari persekitaran sekolah yang tidak kondusif,contohnya
masalah kesesakan kelas boleh membuat murid cenderung melakukan kesalahan disiplin.Menurut pendapat
Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling,Falkuti Pengajian
Pendidikan Universiti Putera Malaysia(UPM),Prof Madya Dr.Rosnani Abdul
Kadir,kecenderungan kearah melakukan perlakuan negative wujud kerana
rangsanagan pengaruh sekeliling mereka.Ini bermaksud bahawa murid mungkin boleh
melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif
dan mengganggu emosi mereka.Keadaan bilik darjah yang sesak dan padat menyebabkan situasi
tidak selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran,secara langsung akan
menyebabkan gangguan semasa belajar bagi murid yang ingin belajar.
Peristiwa dalam keluarga
juga menjadi punca murid mengalami gangguan emosi.Selalunya peristiwa dalam
keluarga melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan
murid.Contohnya keluarga murid mengalami keretakan
keluarga,penceraian,kemalangan,kematian,muflis atau mempunyai krisis
kewangan.Keadaan seperti ini akan menggangu gangguan emosi murid dan tidak
stabil.Pengaruh keluarga seperti ini menjadi punca kepada keadaan murid yang
tidak stabil.
Selain dari itu,pengaruh
rakan sebaya juga mempunyai peranan yang besar terhadap punca gangguan
emosi.Contohnya murid yang merasa tidak diterima oleh kawan kawan,merasa rendah
diri,tidak popular dan tidak yakin terhadap diri sendiri.Murid seperti ini
akanmenjauhkan diri dari rakan sebaya dan besar kemungkinan akan menunjukan
sikap agresif dan terlalu mendesak sehingga menyebabkan perasaan murid
terganggu dan stress.
Ø Kesan gangguan emosi
Seperti yang dinyatakan
oleh Hans Selye (1956) dalam bukunya The
stress of life “No one can live without experiencing some degree of stress at
all”.Tidak ada seorang pun manusia yang dapat mengelakkan diri dari
tekanan.Tekanan boleh membawa kesan positif bagi sesetengah individu kerana ia
boleh mendorong seseorang untuk memperbaiki pencapaian diri,menghadapi cabaran
dan membuat penyesuaian dengan corak kehidupan yang sentiasa berubah
(Iohnson,1997).
Sebaliknya, tekanan yang
tidak dapat dikawal oleh individu yang
mengalaminya mungkin mendatangkan kesan yang negatif.Terdapat sesetengah murid
melakukan cara yang tidak sihat untuk mengatasi gangguan tekanan emosi yang
akhirnya mendatangkan kesan negatif terhadap diri murid – murid sendiri seperti pengambilan dadah dan
alcohol,tidur atau makan secara berlebihan atau menahan lapar.
Ada pengkaji pengkaji lalu
yang berpendapat bahawa,tekanan yang dialami oleh pelajar mempunyai kaitan
dengan penghargaan kendiri yang rendah(Arora,Kurnani dan Enright,1988:
Youngs,Rathge,Mullis dan Mullis,1990),Lokus kawalan yang lemah (Cole dan
Sapp(1988) Kemurungan (Toler dan Murphy,1985),Tingkah laku delinkuean.Penemuan
yang diperolehi oleh para pengkaji ini membuktikan bahawa tekanan yang tidak
stabil dan tidak terkawal boleh mendatangkan implikasi yang negative kepada
pelajar yang mengalaminya.Justeru,identifakasi awal kepada symptom yang
menunjukkan seseorang mengalami gangguan tidur.Pelajar tersebut tidak dapat
tidur dengan betul dan ini menyebabkan matanya merah dan selalu berair dan
pelajar itu mungkin kelihatan seperti keletihan dan selalu haus.
Kesan seterusnya ialah
pelajar sebegini akan menunjukkan rasa tidak gembira terhadap pencapaian
diri.Walaupun mereka telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di akademik
atau pun kokurikulum tetapi dirinya sendiri tidak akan menghayati dan
menghargai pencapaian tersebut.
Pelajar yang mengalai
gangguan emosi juga mengalami tekanan emosi yang akan mengamali keletihan yang
melampau dan kurang bertenaga,menunjukkan tingkah laku gelisah seperti mata
berkelip kelip dan mengeleng gelengkan kepala,sakit perut atau sakit kepala
pada setiap hari atau setiap minggu,pelajar juga menunjukkan tingkahlaku
seperti agresif,tidak bermaya membuat keputusan dan hilang sifat jenaka dan
ramah.
Apabila salah satu perkara
seperti yang dinyatakan seperti diatas,berlaku kepada pelajar,ini menunjukkan
bahawa individu tersebut berkemungkinan mengalami tekanan.Pelajar mungkin sedar
atau tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami gangguan emosi.
Pengenalpastian kesan kesan
yang dinyatakan diatas dapat memudahkan golongan ibubapa dan keluarga membantu
pelajar untuk mendapat bantuan awal sebelum terlambat.
Ø Langkah untuk mengatasi
1.Pihak sekolah atau ibubapa
pelajar hendakkan mengamalkan sikap kepimpinan yang demokratik,seperti
mengujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat,mesra
dan harmonis.Sifat kepimpinan demokratik akan mendorong pelajar untuk
berinteraksi antara satu dengan lain dan boleh melibatkan diri secara aktif
dalam persatuan dan kumpulan.
2.Mengelola banyak aktiviti
kumpulan atau riadah.Aktiviti kumpulan memberi banyak peluang kepada murid
murid untuk berinteraksi antara sesame pelajar dan guru.Guru boleh membantu
murid mempelajari cara untuk merancang dan mengurus sesuatu aktiviti kumpulan
dan membolehkan banyak murid dapat menyertai dan menjalani aktiviti kumpulan
seperti aktiviti pemulihan,lakonan,pertandingan nyanyian atau kerja
projek.Aktiviti seperti ini juga secara langsung dapat menggalak pelajar untuk
mengambil bahagian,mengetahui dan mengasah bakat pelajar yang terpendam dalam
diri mereka.
3.Menggunakan percakapan
yang baik.Seperti yang dihuraikan oleh Flanders,percakap seorang guru yang boleh
mengujudkan interaki dengan pelajar adalah diklasifakasikan dibawah kategori
pengaruh tidak langsung.Ini bermaksud bahawa untuk mengujudkan interaksi dua
hala,selain menggunakan kaedah menyoal,percakapan guru harus boleh menggalakan
murid mengemjukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka.Contohnya,guru
boleh menggunakan pendapat atau memberi tindak balas mereka.
4.Guru membantu murid
bermasalah.Guru hendaklah berfungsi sebagai guru kaunseling untuk membantu
murid menghadapi masalah mereka seperti takut,runsing,pendiam,pemalu dan
sebagainya.Dalam kes seperti ini guru harus lah peka dan dapat mendorong murid
untuk merasakan diri mereka diterima oleh murid murid yang normal dan
membimbing murid tersebut supaya merasa tidak disingkirkan dalam kumpulan.
5.Peranan Unit Bimbingan dan
Kaunseling.Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh
menganjurkan program yang membentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan bagi
murid yang bermasalah.Program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai
masalah gangguan emosinuntuk meningkatkan pencapaian akademik,membangun
kemahiran social dan meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkah laku dan
meningkatkan konsep kendiri murid.
Langkah –langkah diatas adalah langkah – langkah yang
paling berkesan kepada murid yang gagal menguruskan emosi,mereka dengan
berkesannya.Langkah – langkah di atas ini akan membantu seseorang individu yang
mengalami gangguan emosi untuk menguruskan emosinya dengan lebih berkesan
secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya.
ISU
DAN CABARAN UTAMA GURU DALAM MEREALISASIKAN TRANSFORMASI
KURIKULUM PERSEKOLAHAN 2020
Transformasi
dalam bidang kurikulum persekolahan sering menjadi polemik dan diberi perhatian
khusus oleh pentadbir pendidikan. Dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju menjelang tahun 2020, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sentiasa
merangka, merancang dan melakukan penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia.
Antara langkah yang diambil termasuklah memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP,2006-2010) dan yang terkini Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan
setiap murid di negara ini dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh
mereka untuk merebut peluang dan cabaran abad ke 21 (Muhyidin 2013, dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan 2013-2025).
Proses
transformasi ini bukanlah mudah kerana ianya melibatkan ramai pihak khususnya
warga pendidik di sekolah yang menjadi agen transformasi bagi setiap perubahan
yang dirancang oleh pihak pentadbir pendidikan. Justeru, terdapat pelbagai
cabaran yang perlu dihadapi dalam merealisasikan transformasi tersebut. Cabaran
yang paling utama dihadapi ialah dari aspek kesediaan guru dari segi sikap dan
pemikiran mereka untuk menerima dan melaksanakan transformasi dengan penuh
dedikasi dan kesungguhan. Sudah pastinya terdapat segelintir guru mempunyai
pemikiran dan sikap negatif terhadap transformasi ini. Hal ini sedikit sebanyak
menyukarkan dasar baru ini dijalankan kerana komitmen daripada guru-guru amat
penting bagi memastikan usaha-usaha ini dapat dijalankan dengan sepenuhnya.
Lebih membimbangkan apabila terdapat juga percanggahan pendapat dan perdebatan
daripada sesetengah guru terutamanya mereka yang telah lama berkhidmat menolak
dasar ini dengan pelbagai alasan.
Dalam
menghadapi cabaran tersebut seringkali wujudnya pelbagai isu berkaitan dengan
proses transformasi yang ingin dilakukan. Isu yang timbul ini adakalanya
melibatkan aspek kekangan masa, ruang, sikap guru dan sebagainya.
Isu
yang paling hangat diperkatakan menurut pandanagn saya ialah isu bebanan tugas yang
menjadi topik perbualan hangat bukan saja di kalangan guru tetapi juga
masyarakat sekitar apabila mereka dibebankan atau diberikan pelbagai arahan
yang perlu dilaksanakan di sekolah terutamanya dalam proses transformasi
kurikulum pada hari ini.
Bebanan
tugas guru ibarat isu yang tiada kesudahannya. Walaupun ada segelintir pihak
yang menyatakan bahawa gaji yang diperoleh oleh guru adalah lumayan, kita perlu
melihat dan menilai kerja yang dilaksanakan itu adalah berbaloi atau tidak.
Sistem
pendidikan Malaysia yang berpusat menyebabkan kebanyakan dasar dan perancangan
digubal pada peringkat kementerian dan diturunkan ke sekolah. Dalam konteks
pendidikan di Malaysia, kebanyakan pentadbir atau guru tidak mempunyai pilihan
melainkan terpaksa akur dengan dasar pendidikan yang ditetapkan. Walaupun pada
hakikatnya keupayaan setiap sekolah adalah berbeza namun sistem yang digunakan
ini menyebabkan semua sekolah di Malaysia perlu akur dan mengikuti satu sistem,
prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan,
keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah tersebut untuk melaksanakan dasar
dan program pendidikan sendiri.
Sebagai
contohnya, Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) yang dilaksanakan pada tahun 2003 telah menjadi satu dasar yang
wajib dilaksanakan di sekolah. Guru tiada pilihan melainkan datang menghadiri
kursus yang dikelolakan selama tiga minggu atau terpaksa mengajar subjek lain.
Akhirnya guru yang mempunyai kemahiran bertahun-tahun mengajar mata pelajaran
tersebut tidak dapat melaksanakan pengajaran tersebut kerana bermasalah dengan
penguasaan bahasa Inggeris.
Bagaimanapun,
baharu saja guru yang terlibat dalam program berkenaan berusaha meningkatkan
pengetahuan mereka berkenaan program tersebut, akhirnya ia dimansuhkan
dan digantikan dengan dasar Memartabat Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris
(MBMMBI) bagi menggantikan PPSMI. Menurut akhbar Utusan Malaysia bertajuk
Perubahan MBMMBI atau kekal PPSMI oleh Tan Sri Alimuddin (2011) menyatakan
bahawa antara sebab pemansuhan PPSMI adalah kerana penguasaan pelajar dalam
kedua-dua mata pelajaran tersebut semakin merosot jika dibandingkan semasa
penggunaannya dalam bahasa Malaysia. Maka, sekali lagi guru-guru yang terlibat
terpaksa pula bermula dari awal. Apa yang jelas, banyak masa guru diambil untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu program
berbanding masa untuk melaksanakannya.
Sebagaimana
yang telah diketahui, kurikulum persekolahan mengalami perubahan bermula tahun
2011 apabila KBSR telah digantikan dengan KSSR. Kewujudan KSSR di sekolah ada
baik dan buruknya. Usaha transformasi ini dinggap baik kerana melalui KSSR
pihak KPM berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif,
kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi,
perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan
kerohanian, sikap dan nilai. Namun begitu, Menurut Shafizan Omar (2013) dalam
artikel akhbar yang dikeluarkannya menyatakan bahawa sebahagian kumpulan guru
berdepan tekanan dalam melaksanakan KSSR berikutan beban kerja yang bertambah,
termasuk proses memfailkan laporan KSSR yang menurut mereka, boleh mengurangkan
masa untuk mereka bersama murid.
Dalam
masa yang sama, guru juga bertanggungjawab terhadap Sistem Analisis Peperiksaan
Sekolah (SAPS) yang disediakan oleh KPM yang berfungsi sebagai pusat pengumpul,
penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh
Malaysia. Guru mata pelajaran dan guru kelas perlu mengisi markah dan data-data
murid dalam peperiksaan melalui internet. Saya memetik keluhan daripada seorang
guru mengenai sistem ini. Beliau mengatakan bahawa, “sistem SAPS yang kononnya
diselenggara oleh pakar IT kementerian ini ibarat meletakkan batu seberat 10
TAN di kepala kami sebagai warga pendidik”. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun
transformasi ini pada dasarnya berpotensi dalam membentuk satu sistem dalam
talian yang akan memberi pelbagai impak positif kepada seluruh masyarakat.
Namun dalam masa yang sama kelemahan yang terdapat dalam penyelenggaraan sistem
ini menyebabkan guru menghadapi beban tugas yang amat berat di luar keupayaan mereka.
Ulasan
Catat Ulasan