BIG





KERTAS KERJA & LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG)
 (SEMESTER 5 SIRI 4)
NAMA PENSYARAH:
1.PUAN DAYANG MAYANG AWANG ABAS
2.EN.DOTI ASING

NAMA PELATIH
NAMA:MESLINAH YABIS
KOHOT 1:-
PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU(PISMP -PJJ)
 (BMM3/SN/ELM)

Text Box: PROGRAM : CERAMAH ISU DAN CABARAN SEMASA ( AKTA KANAK KANAK 2001 & STANDARD GURU MALAYSIA )
PENDAHULUAN
Text Box: TAJUK : AKTA KANAK KANAK 2001 & STANDARD GURU MALAYSIASukatan Pelajaran pendidikan Bina Insan Guru disediakan untuk memenuhi keperluan latihan perguruan di bawah komponen asas Dinamika Guru.sukatan ini menekankan kepada unsur- unsur hidup bermoral dan beragama sebagai fokus utama dalam proses pembinaan Insan Guru yang berpaksikan kepada 5 prinsip rukun Negara.
Pembinaan insan guru adalah pembentukan masyarakat dan menjadi kerangka kepada pembentukan Negara dan bangsa.Proses pembinaan insan guru dilihat dari aspek kesedaran bahawa profesion keguruan ini adalah mulia.Guru adalah pembina generasi cemerlang,pembentuk jati diri dan menjadi suri teladan kepada masyarakat.Justeru,guru harus lah mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan situasi serta mampu menangani cabaran era globalisasi dan sosiolisasi.
Sukatan pelajaran ini mengandungi 3 tema  iaitu:-
-       Konsep dan ciri –ciri dalam pembinaan insan guru
-       Pembangunan Insan  guru serta peranan
-       Tanggungjawab Insan guru

Ketiga tiga tema utama ini direalisasikan melalui satu program khidmat masyarakat dan diberi pemberatan sebanyak satu jam kredit.







PENGENALAN

Kanak kanak merupakan modal insan paling penting kepada Negara.Modal insan ini dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat dan kondusif.Sehubungan itu,perlindungan terhadap kanak kanak daripada pengabaian,penderaan,keganasan dan eksplotasi adalah salah satu aspek penting dan hendaklah diberi keutamaan.Justeru,dasar perlindungan kanak kanaka mat perlu pada masa ini bagi mengelakkan setiap agensi,organisasi dan anggota masyarakat memberi keutamaan kepada perlindungan kanak kanak sebagai tanggungjawab bersama.
Dasar ini adalah selaras dengan falsafah konvensyen mengenai Hak Kanak Kanak (CRC) dan Akta Kanak Kanak 2001 yang juga menekankan prinsip perlindungan kepada kanak kanak demi kepentingan terbaik mereka.Konvensyen mengenai hak kanak kanak (CRC) telah dibentangkan dalam perhimpunan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) pada 20 November 1989.
Konvensyen Hak kanak kanak 1989 merupakan satu dokumen yang memberikan perlindungan kepada kanak kanak dari segi:-
Ø  Pengabaian
Ø  Penderaan
Ø  Eksplotasi
Ø  Jaminan Kanak kanak mendapat haknya













MATLAMAT PROGRAM

Program ini berhasrat mendedahkan pelatih maktab dengan domain pembangunan diri insan guru yang seimbang,guru dan hubungan dengan kominiti,guru dan akauntibiliti profesionalisme,aktiviti kemesyarakatan,jenis khidmat kemsayarakatan,khidmat pendidik kepada komuniti,berakauntabiliti,amanah,kreativiti dan inovatif.

OBJEKTIF PROGRAM
Selepas mengikuti Program Bina Insan Guru,para peserta dapat:-
1 Mengenalpasti isu isu dan cabaran semasa.
2 Menghuraikan dengan contoh tentang integrasi nasional.
3 Menerangkan peranan guru dalam menengani gejala social.
4.Menerangkan pendemokrasian pendidikan.
5.Menghuraikan faedah,kesan dan cabaran globalisasi dalam pendidikan
6.Merancang,melaksana,memimpin program,bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dan berkumpulan.

MAKLUMAT PROGRAM
-       Nama program :Ceramah ( Guru dan Cabaran semasa )
                          1.Akta kanak kanak 2001
                                         2.( Standard Guru Malaysia )Profession dan Perjawatan
-       Tarikh program:26 september 2014

-       Tempat program: Dewan HONE IPG Kampus Kent Tuaran
-       Jumlah peserta:  Semua guru-guru PISMP –PJJ Kohot 1

JADUAL PROGRAM
Tarikh: 26 September 2014
8.00 pagi :Berkumpul,menulis kehadiran  dan taklimat ringkas
                 (Dewan Hone,IPG Kampus Kent)
8.30 pagi:Pembahagian Kumpulan dan tugas
9.00 pagi:Sarapan pagi
10.00 pagi:Ceramah 1 – Akta Kanak kanak 2001
12.30  petang:Makan tengah hari
2.00 petang: Ceramah 2 – Profession dan Perjawatan
4.00 petang:Balik ke rumah masing masing.













JAWATANKUASA PELAKSANA
Ketua Program                    : Mentor Unit Bm3
                                               ( En.Madlaim )
Naib Pengerusi                    : Ketua Unit BM3
                                              ( En.Omar )
Penyelaras Program             :Pen Ketua Unit BM3
                                              ( Pn.Dayang Limah)
Setiausaha                           : Pn. Meslinah Yabis
Penolong Setiausaha           : Pn Milian Lantukan
Bendahari                             : Pn Azlinah


Ahli Jawatankuasa  :
Dokumentasi
1.    En.Peter David                     
2.    En. Goerge                                           
3.    En. Salmun Asumbon                                 
4.    Pn. Noraini Aani    

PERALATAN
1.En.Abdul Amit
2.En.Mohd.Bakri

MAKANAN
1.Pn Norain
2.Pn.Rosliah
3.Pn.Normah Sentaim

PELAKSANAAN
1.En.Abdul Suhul
2.En.Matali

KEBAJIKAN
1.Pn.Dahliya Malaik
2.Pn.Justina Kunsir

SIARYA
1.Cik Nursah Arifin             
2.Pn.Dairy Gurid
3.Pn.Noraina






ANGGARAN KOS PERBELANJAAN PROGRAM
( Makanan dan minuman )
RM 15.00 x 150 = RM 2250.00
( Peruntukan dari pihak IPG Kampus Kent )
Bil.Waktu makan harga / harga untuk seorang
=150 orang
*Sarapan pagi
Rm.5.00 x 150 = Rm 750
*Minum petang
Rm 3.00 x 150 = Rm 450
*makan Tengah hari
Rm 7.00 x 150 = Rm 1050
Jumlah keseluruhan : Rm 2250.00
*Pembekal makan adalah dari kantin IPG

PENUTUP
Melalui program ini diharapkan semua guru pelatih dpat menimba ilmu sebanyak yang mungkin dan menjadikan pengetahuan yang di timba ini sebagai seorang guru yang Berjaya pada masa hadapan.
Sesungguhnya program seperti ini dapat melahirkan lebih ramai guru yang berkualiti pada masa hadapan.Semoga program program seperti ini akan dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan guru yang berkualiti demi melahirkan modal insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang pada masa depan.

Disediakan oleh,

.....................................
Pn.Meslinah Yabis
Pen.setiausaha Program
Unit BM3 –Kohot 1
Disemak oleh,

.........................................
En.Madlaim
Penyelaras Program
Pensyarah IPG Kampus Kent

Di sahkan oleh

................................................
En.Amidy Malangob
Unit HEP
Pensyarah IPG Kampus Kent



Text Box: LAPORAN CERAMAH AKTA KANAK KANAK 2001 & STANDARD GURU MALAYSIA .
Program Bina Insan Guru (BIG) adalah hasil gabungan daripada beberapa aktiviti yang terancang dari segi pengurusan masa, kewangan dan perlu melalui beberapa peringkat iaitu sebelum program dijalankan, semasa program dijalankan dan selepas program BIG dijalankan. Proses untuk menjayakan sesuatu program seperti ini akan mengambil masa dan bermula dari peringkat awal penubuhan jawatankuasa sehingga kepada mesyuarat post-mortem bagi menilai keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Peringkat yang pertama adalah berkaitan dengan segala aktiviti yang dilakukan sebelum program ini dilaksanakan. Pada peringkat ini, kami telah diberikan taklimat untuk menyiapkan satu laporan program BIG(dalam bentuk ceramah) yang disampaikan oleh pensyarah bertanggungjawab dan Ketua Jabatan dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar.Taklimat diberikan adalah mengikut sukatan dan kurikulum yang telah disediakan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru bagi semester ini.
Selepas taklimat diberikan, Unit kami telah mengadakan perbincangan bersama mentor kami untuk menubuhkan jawatankuasa untuk melaksanakan program ceramah ini . Jawatankuasa yang ditubuhkan melibatkan semua pelatih PISMP-PJJ Unit BM3.
Mesyuarat pertama telah diadakan yang mana tugas-tugas setiap  Ahli Jawatankuasa telah diterangkan oleh setiausaha. Selepas mendapat taklimat dan penerangan tentang tugasan masing-masing.Semua AJK kecil  telah bergerak, dimana sebahagian dari AJK  kecil terlibat untuk merancang aktiviti, menentukan tarikh manakala sebahagian yang lain pula menyediakan alatan dan ada yang menyediakan bahan-bahan untuk aktiviti program Bagi jawatankuasa induk pula, mereka telah ditugasan untuk menyiapkan kertas kerja untuk diluluskan oleh pihak pentadbiran yang mencakupi hal-hal jadual aktiviti, kewangan dan permohonan menggunakan peralatan IPG seperti PA sistem,dewan dan sebagainya.
Seminggu sebelum tarikh program, mesyuarat susulan telah diadakan bagi membincangkan tentang perkembangan setiap ahli jawatankuasa dan melakukan persiapan terakhir. Peringkat kedua pula merupakan perkara berkaitan dengan aktiviti-aktiviti semasa program dijalankan dan selepas kertas kerja mendapat kelulusan daripada bahagian pentadbiran.

DAPATAN DARI CERAMAH 1
( AKTA KANAK KANAK 2001)
Ceramah ini telah disampaikan oleh Pensyarah Unit Pra-Sekolah iaitu Puan Dayang Mayang Awang Abas.Dalam ceramah ini telah menyentuh tentang Konvensyen Hak kanak kanak 1989 yang mana merupakan satu dokumen yang memberikan perlindungan kepada kanak kanak dari segi
·         Pengabaian
·         Penderaan
·         Eksplotasi dan
·         Jaminan Kanak kanak mendapat haknya
Kenapa Konvensyen ini perlu?
·         Tidak ada perundangan di dalam beberapa buah Negara (Banyak Negara tidak menpunyai struktur perundangan bagi kanak kanak).
·         Menjamin perkembanagan yang sihat untuk kanak kanak.
·         Kanak kanak lemah berbandimg orang dewasa.(Kanak kanak mudah terjejas oleh apa juga yang dilakukan atau tidak dilaku).
·         Kanak kanak tidak berhak mengundi dan tidak mempunyai pengaruh politik dan ekonomi.
Perkembangan pelaksanan konvensyen ini akan dipantau oleh  Jawatankuasa Hak kanak kanak Bangsa Bangsa Bersatu,namun begitu pertubuhan bukan kerajan (NGO) lain dan agensi agensi khusus seperti UNISEF turut diundang untuk memantau dan mengemukakan pemerhatian dan pandangan mereka.

Dalam prinsip prinsip konvensyen ini telah menyatakan bahawa:-
·         Kanak kanak tidak seharusnya didiskriminasikan.
·         Kanak kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan.
·         Kepentingan terbaik kanak kanak mesti diberi keutamaan.
·         Kanak kanak harus diberi peluang melibatkan diri secara aktif dalam semua perkara yang menyentuh kehidupan mereka dan diberi kebebasan menyuarakan pendapat mereka.
Konvensyen Hak Kanak kanak ini juga telah :-
·         Memperakui bahawa setiap kanak kanak mempunyai hak dan kebebasan tanpa mengira keturunan,warna kulit,jantina,bahasa,agama,fahaman politik,kenagaraan,kedudukan social,kecacatan dan lain lain lagi.
·         Memberikan penekanan yang khas kepada kanak kanak dan syorkan supaya keluarga memberikan perlindungan dan bantuan perlu untuk mampu menjalankan tanggungjawab mereka.
·         Memperakui bahawa personality kanak kanak hendaklah dibangunkan sepenuhnya dan hendaklah berlaku dalam persekitaran kekeluargaan yang gembira,kasih saying dan persefahaman.
·         Mengingatkan bahawa kanak kanak itu belum matang dari segi fizikal dan mental,memerlukan perlindungan dan jagaan khas termasuk perlindungan undang undang yang sewajarnya.
·         Mengiktiraf  bahawa diseluruh dunia terdapat kanak kanak yang tinggal dalam keadaan yang amat susah dan kanak kanak ini memerlukan pertimbanagan khas.
·         Menekankan pentingnya nilai nilai tradisi dan kebudayaan setiap orang bagi perlindungan dan perkembangan yang harmoni bagi kanak kanak.
Hak kanak kanak :-
·         Hak kehidupan
·         Hak perlindungan
·         Hak perkembangan
·         Hak penyertaan
Akta kanak kanak 2001 ( pindaan 2002 ),menyatukan tiga undang undang yang terdahulu iaitu :-
                      I.        Akta perlindungan kanak kanak 1991
                    II.        Akta perlindungan wanita dan gadis 1973 dan
                   III.        Akta Mahkamah Juvenil
Penggubalan akta ini adalah usaha untuk memastikan perlindungan dan pemulihan dan pembangunan diberikan perhatian serius oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan kanak kanak.
















CERAMAH 2
STANDARD GURU MALAYSIA
( PROFESSION DAN PERJAWATAN )
Dalam era globalisasi,guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses pendidikan,antaranya ialah,berkaitan dengan :-
1.    Integrasi nasional.
2.    Pendemokrasian pendidikan.
3.    Tonggak pendidikan.
4.    Globalisasi dalam pendidikan.
5.    Kepelbagaian budaya.
6.    Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, dan
7.    Gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan antara cabaran yang akan dilalui oleh pihak guru.
Justeru,kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha memperkasakan peranan guru dengan memberikan latihan,kursus,ceramah dan juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar memalui pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Usaha mentransfomasikan profession keguruan menjadi profession pilihan sedang dilaksanakan dengan mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas.
Kajian pada 2011 menunjukan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke 11 oleh pertubuhan Pendidikan,Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Negara paling menarik dari segi perkhidmatan pendidikan.
Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransfomasikan system pendidikan Negara dalam PPPM dan juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah difahami oleh semua terutama guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak bangsa bagi memperkasa generasi muda pada masa depan.

·         Melaksanakan penambahbaikan terhadap system penyampaian pendidikan dan latihan supaya ia berkualiti dan releven dengan keperluan semasa.
·         Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan Negara.
·         Melaksanakan langkah bagi menrapatkan jurang prestasi antara sekolah luar Bandar dan Bandar,termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran,prasarana dan kemudahan serta menampatkan guru berpengalaman disekolah luar Bandar.
·         Membangunkan university bertaraf antaranbangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertinggi memenuhi keperluan pasaran.
·         Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti disemua peringkat.
·         Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif,yang mempunyai pengetahuan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan pengetahuan.
·         Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progrsif,budaya prestasi tinggi,system nilai nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan.
·         Memperluaskan dan mengemaskan forum perbincangan dan perundangan antara kerajaan,sector swasta,ibubapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.
Oleh itu pihak kerajaan sebagai badan perancang utama menyediakan bajet dan peruntukan untuk membangunkan modal insan.Manakala para guru adalah pihak yang akan melaksanakan tujuan kea rah membangunkan modal insan yang berkualiti untuk pemimpin Negara pada masa akan datang.





REFLEKSI  INDIVIDU
Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikuti program ceramah mengenai isu guru dan cabaran di bawah tajuk akta kanak kanak 2001 dan standard guru Malaysia bersempana dengan kursus BIG ( Bina Insan Guru ) yang telah diadakan di Dewan Hone IPG Kampus Kent,Tuaran pada 26 Sept 2014 lepas yang disampaikan oleh Pn.Dayang Mayang Awang Abas dan En.Doti Asing yang mengambil masa kira kira 4 jam.
Sebenarnya saya memang menanti nantikan ceramah dan bengkel seperti ini kerana ia memberikan banyak input yang berguna kepada kita disamping memberilan pengalaman,kebaikan dan manfaat yang baru kepada kita.
Sememangnya  seminar ini banyak memberikan impak positif yang besar dalam diri saya sebagai seorang pendidik yang sentiasa beretika social dan berprotokol dalam banyak aspek.Pertama sekali saya sedar bahawa hidup berlandaskan agama yang kita percaya merupakan satu elemen yang penting dalam hidup kita,kerana ia akan menjadi panduan kepada kita sepanjang hayat.Kalau kita tidak mempunyai sebarang pegangan kepercayaan maka hidup kita akan menjadi pasif,tiada hala tuju dan banyak cabaran dan gangguan dalam hidup yang menyebabkan kita sentiasa resah dan gelisah.Kebanyakan yang berlaku penderaan terhadap hidup kanak kanak adalah kerana kehidupan kita yang mempunyai banyak masalah,sehingga segala masalah itu kita luahkan dalam diri kanak kanak kecil yang tidak berdosa.Jadi pegangan agama merupakan penyuluh untuk hidup kita yang lebih bermakna.
Selain dari itu,saya juga sedar bahawa dasar dan prinsip serta latar belakang keluarga yang sihat dan seimbang juga amat penting dalam pembentukan seorang insan yang beretika social.Selepas mendengar ceramah yang disampaikan oleh Puan.Dayang Mayang,saya dapat mempelajari bahawa ajaran agama dan kasih saying keluarga merupakan unsur yang tidak dapat dipisahkan daripada pembentukan insan yang beretika.Konsep kekeluargaan juga amat penting untuk membentuk sikap dan peribadi kita dari kecil supaya kita tahu untuk menghargai kehidupan ,terutama dalam mempelajari dan menangani  hidup kanak kanak kecil yang ada disekeliling kita.Apabila konsep kasih sayang kita pelajari dari kecil maka tidak akan menjadi masalah kepada kita untuk pergi kepada kumpulan yang lebih besar kerana kita kena bersikap beretika ketika bersosial dengan orang ramai.
Sebagai seorang guru yang beretika social juga kita hendaklah sentiasa mengawal tingkah laku,pertuturan dan pemikiran kita pada kadar yang boleh disamakan dengan sikap rendah diri agar kita dapat bergaul dengan orang lain dengan harmoni,tenteram dan sejahtera tanpa sebarang prejudis dan bias terhadap orang lain.
Berpenampilan yang sedarhana dan sempurna juga boleh mempamerkan sikap kita.Dalam konteks ini,cara berpakaian akan mejelaskan peribadi kita kepada orang lain,begitu juga dengan pertuturan,cara berkomunikasi dan cara berhubung dengan orang lain.Seorang guru harus berpakaian secara impression walau pun kita berada di luar masa persekolahan seperti pergi ke supermarket,membeli belah,pasar dan sebagainya.Kita haruslah memakai pakaian mengikut norma dan peraturan yang sudah ditetapkan.Ibarat kata orang dalam sesuatu acara apa pun atau dalam perhubungan dengan sesiapa pun,yang tua dihormati,yang sebaya jaga kesantunan kerana kita adalah cermin bagi setiap lapisan masyarakat terutama anak murid kita.
Jadi ternyata disini bahawa terlalu banyak manfaat yang telah saya dapat dalam ceramah ini walaupun dalam masa yang singkat.Semua pengalaman dan dapatan yang telah saya perolehi ini akan saya aplikasikan supaya menjadi seorang pendidik yang lebih jitu dan serba boleh.Terima kasih sekali lagi kerana memberi saya peluang untuk menyertai aktiviti ini.
Akhir sekali, untuk menjadi seorang guru yang berjaya seseorang guru haruslah mampu melakukan interaksi sosial yang berguna dengan masyarakat kerana guru berperanan sebagai agen sosial dalam masyarakat selain menjadi rujukan disekolah. Tugas guru ialah menggalakkan sosialisasi dalam masyarakat melalui didikan kepada generasi baru yang penuh cabaran dan juga melalui integrasi merentasi kurikulum, agama serta bangsa malah guru juga boleh menggantikan pemimpin kerana kualiti kepimpinan dan sikap tanggungjawab yang terdapat pada seseorang guru.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

RPH - Contoh

Lagenda batu belah akibat sumpahan (Linopot menjadi Batu)

Kampung Melangkap sebelum dan selepas gempa bumi dan banjir lumpur